Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pertandingan bina badan 'Mr. Awang Selamat' versi 'halal' di Kelantan

Lazimnya, pertandingan bina badan melibatkan kaum Adam yang mempamerkan hampir keseluruhan tubuh badannya yang berketak-ketak, dan hanya berseluar dalam sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertandingan bina badan 'Mr. Awang Selamat' versi 'halal' di Kelantan

Pertandingan bina badan 'Mr Awang Selamat'. (Gambar-gambar: Facebook Azran Abllah Jurufoto)

Diterbitkan : 29 Aug 2016 10:51PM Dikemas Kini : 29 Aug 2016 11:20PM

KELANTAN: Lazimnya, pertandingan bina badan melibatkan kaum adam yang mempamerkan hampir keseluruhan tubuh badannya yang berketak-ketak, dan hanya berseluar dalam sahaja.

Namun berbeza pula dengan pendekatan patuh syariah yang diambil dalam pertandingan serupa di Kelantan.

Dalam ‘Pertandingan Badan Cantik Mr Awang Selamat’, para pesertanya diwajibkan menutup aurat dengan memakai seluar melepasi paras lutut serta mengenakan pemakaian kain tambahan pada pinggang, lapor laman Malaysian Digest.

Menerusi catatan dan gambar-gambar yang dimuat naik ke laman Facebook Ustaz Mohd Asri Mat Daud pada Sabtu lalu (27 Ogos), acara berkonsepkan patuh syariah itu diadakan buat julung-julung kalinya di Kelantan.

“Mr. Awang Selamat adalah jolokan kepada suatu nama baru dalam dunia sukan bina badan patuh syariah, ianya hanya di Kelantan," kata beliau.

PAKAIAN ALA PENDEKAR AWANG SELAMAT

“Cara berpakaian mestilah menutup aurat dengan seluar di bawah lutut dan pusat yang tertutup dengan kain ala pakaian pendekar Awang Selamat yang perkasa suatu ketika dahulu,” tambahnya dalam catatan tersebut.

Nah videos di pentas MR.Awang Selamat td...kita cuba lg di lain pertandingan dan masa akn dtg....

Posted by Wan Ogus on  Saturday, 27 August 2016

Acara itu mendapat sokongan daripada kerajaan negeri Kelantan, selain turut dipuji oleh Setiausaha Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Lt. Komander (B) Kamaruzaman Kadir, selaku ketua juri bagi pertandingan tersebut.

“Beliau menyatakan bahawa gaya dan produk bina badan ini akan menjadi produk peringkat kebangsaan dan seterusnya boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa," menurut Ustaz Mohd Asri lagi.

“Mr. Awang Selamat turut disokong oleh pihak Kerajaan Negeri sebagai satu produk pelancongan sempena Tahun Melawat Kelantan 2016,” katanya seperti yang ditukil laman Malaysian Digest.

WARGA SIBER PERSOALKAN AURAT, PENONTON WANITA

Meskipun usaha kerajaan negeri Kelantan itu dipuji warga siber, ada juga segelintir yang mempersoalkan konsep pertandingan tersebut, sambil mendakwa para peserta masih gagal menutup aurat mereka sepenuhnya serta kehadiran kaum wanita di acara itu, lapor Malaysian Digest.

Perdebatan mengenai aurat lelaki dan hukum menyertai acara bina badan sebelum ini pernah dijelaskan oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Malaysian Digest menukil kenyataan Ustaz Azhar Idrus dalam rakaman YouTube sebagai berkata hukum menyertai acara bina badan adalah haram sekiranya ia kerap disertai, namun jika berkonsepkan Islam, ia dibenarkan.

“Jika dibuat mengikut cara Islam, ia dibolehkan. Acara bina badan lelaki, di mana golongan perempuan tidak boleh menyaksikan acara tersebut, (dan peserta) lelaki memakai seluar (menutup bahagian) lutut sampai ke pusat, atas boleh dibuka (didedahkan),” katanya dalam rakaman tersebut.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan