Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pertama kali pertunjukan fesyen Muslimah di Tokyo, jenama S’pura ikut serta

Para peragawati menggayakan hijab pelbagai gaya dan warna serta pakaian menutup aurat di pentas peragaan Tokyo baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertama kali pertunjukan fesyen Muslimah di Tokyo, jenama S’pura ikut serta

Busana rekaan Lynn Siregar dari jenama Weddingku Gallery semasa Pertunjukan Fesyen Sopan Tokyo pada 22 Nov. (Gambar: REUTERS/Toru Hanai)

Diterbitkan : 03 Dec 2016 01:24AM Dikemas Kini : 03 Dec 2016 01:44AM

TOKYO: Para peragawati menggayakan hijab pelbagai gaya dan warna serta pakaian menutup aurat di pentas peragaan Tokyo baru-baru ini.

Menurut para penganjur kepada Reuters, ia julung-julung kali sebuah pertunjukan fesyen seumpamanya diadakan untuk wanita Muslim di Jepun.

Corak-corak bunga merupakan antara rekaan yang dipaparkan pada pakaian-pakaian labuh dan panjang serta tudung-tudung yang diperagakan di pertunjukan fesyen Muslimah yang pertama di Jepun itu.

Ia diadakan sebagai sebahagian daripada acara Ekspo Halal Jepun yang berlangsung selama dua hari.

Muslim Fashion in Japan

Japan's first fashion show for Muslim women lit up Tokyo.

Posted by AJ+ on Wednesday, 23 November 2016

Menurut Reuters, sekitar 10 jenama, terutamanya dari Singapura, mempamerkan rekaan masing-masing di Pertunjukan Fesyen Sopan Tokyo.

Selain itu, sebahagian rekaan juga menyuntik elemen-elemen tradisional Jepun, menurut AJ+.

Busana rekaan Lynn Siregar dari jenama Weddingku Gallery di Pertunjukan Fesyen Sopan Tokyo. (Gambar: REUTERS/Toru Hanai)

Busana rekaan Lynn Siregar dari jenama Weddingku Gallery di Pertunjukan Fesyen Sopan Tokyo. (Gambar: REUTERS/Toru Hanai)

MEEMCLOTHINGS ANTARA JENAMA S'PURA YANG SERTAI PERTUNJUKAN

Antara jenama Singapura yang menyertai pertunjukan fesyen itu ialah MeemClothings.

Busana jenama Meem Clothings diperagakan di Pertunjukan Fesyen Sopan Tokyo. (Gambar: REUTERS/Toru Hanai)

Busana jenama MeemClothings diperagakan di Pertunjukan Fesyen Sopan Tokyo. (Gambar: REUTERS/Toru Hanai)

Nur Hanis, pereka fesyen dan pengasas jenama itu, memberitahu AJ+: “Saya rasa fesyen menawarkan pelbagai peluang. Ada pelbagai cara untuk mereka atau memakai hijab.

“Saya rasa orang ramai harus lebih terbuka kepada rekaan-rekaan baru.”

Busana jenama Alia Anggun di Pertunjukan Fesyen Sopan Tokyo. (Gambar: REUTERS/Toru Hanai)

Busana jenama Alia Anggun di Pertunjukan Fesyen Sopan Tokyo. (Gambar: REUTERS/Toru Hanai)

Pereka Singapura lain yang menyertai pertunjukan fesyen Muslimah di Tokyo itu termasuk Lynn Siregar yang mempamerkan jenamanya Weddingku Gallery dan jenama Alia Anggun, menurut Reuters.

Dipercayai sekitar 70,000 hingga 100,000 orang Islam tinggal di Jepun.

Para penganjur memberitahu AJ+ bahawa terdapat peningkatan pada jumlah penduduk dan pelancong Islam.

Sumber : Reuters/Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan