Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pernah bayangkan wajah anda bila tua atau jika berbeza jantina? Ini caranya…

Jika anda rajin melungsuri lelaman media sosial akhir-akhir ini, anda mungkin pernah melihat rakan-rakan anda memuat naik gambar 'selfie' dengan beberapa raut wajah yang berbeza.

Anggaran Waktu Membaca:
Pernah bayangkan wajah anda bila tua atau jika berbeza jantina? Ini caranya…

(Gambar: Samz Freaking Pantho/Facebook)

Diterbitkan : 04 May 2017 10:54PM Dikemas Kini : 04 May 2017 11:15PM

BERITAMediacorp: Jika anda rajin melungsuri lelaman media sosial akhir-akhir ini, anda mungkin pernah melihat rakan-rakan anda memuat naik gambar 'selfie' dengan beberapa raut wajah yang berbeza.

'Selfie' sedemikian dilakukan menerusi aplikasi atau apps yang kian menjadi kegilaan ramai, iaitu FaceApp.

Aplikasi yang dilancarkan pada bulan Januari lalu mula mendapat perhatian di Amerika Syarikat setelah ia mencetuskan fenomena di Rusia, negara asalnya, lapor laman Bustle.com.

Dihasilkan oleh syarikat Wireless Lab, di Saint-Petersburg, Rusia, aplikasi itu bertujuan mewujudkan pengalaman ber'selfie' yang lebih menarik dan menyeronokkan.

Dengan FaceApp, para pengguna boleh memetik gambar mereka yang akan menunjukkan raut wajah berbeza-beza, seperti tua, jantina yang berlainan dan wajah yang sedang tersenyum, menurut laman Bustle.com.

Ternyata, ia menjadi popular mungkin kerana ramai yang teruja melihat wajah mereka apabila tua, muda atau sekiranya mereka berbeza jantina.

Hahaha!! Rajin betul la korang ni �� #hisyamhamid

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on

 

Menurut pengasas Wireless Lab: "Kami membangunkan satu teknologi baru yang menggunakan rangkaian saraf untuk mengubah suai wajah dalam satu-satu gambar, namun dalam masa yang sama mengekalkan keaslian gambar itu."

FaceApp disifatkan sebagai antara aplikasi paling menarik dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2017, lapor laman Business Insider.

Tetiba semua org dah kantoi dgn #faceapp ������

A post shared by Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

 
Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan