Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pepijat dalam pesawat: Bagaimana untuk kenal pasti simptom dan mengapa ia 'tidak mungkin' dapat dicegah

Sememangnya menjadi satu pengalaman mengerikan bagi setiap penumpang pesawat apabila menjadi mangsa gigitan pepijat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pepijat dalam pesawat: Bagaimana untuk kenal pasti simptom dan mengapa ia 'tidak mungkin' dapat dicegah

Gambar seorang penumpang pesawat British Airways yang didakwa digigit pepijat. (Gambar: Twitter/@heatherfact)

Diterbitkan : 26 Oct 2017 11:43PM Dikemas Kini : 27 Oct 2017 01:09AM

SINGAPURA: Sememangnya menjadi satu pengalaman mengerikan bagi setiap penumpang pesawat apabila menjadi mangsa gigitan pepijat.

Itulah pengalaman sebuah keluarga dari Kanada yang menaiki pesawat British Airways dari Vancouver ke London awal bulan ini. Laporannya menjadi tular setelah ibu keluarga tersebut berkongsi pengalamannya di media sosial. Beliau menceritakan bagaimana serangga tersebut dilihat keluar dari belakang televisyen di kerusi hadapannya.

Beliau dan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun kemudian mendapati badan mereka penuh bekas gigitan serangga.

British Airways kemudian meminta maaf kepada keluarga tersebut.

Keadaan yang sama berlaku di Singapura, di mana seorang penumpang Scoot mendakwa beliau digigit pepigat semasa dalam penerbangan dari Hong Kong ke Singapura.

Selepas siasatan oleh syarikat penerbangan berkenaan, ia mendapati tiada bukti ada pepijat dalam pesawat tersebut.

Menurut tinjauan Mediacorp ke atas syarikat-syarikat penerbangan, perkara seperti itu jarang berlaku.

KENAL PASTI TANDA-TANDANYA

Walaupun syarikat penerbangan mendakwa perkara itu jarang berlaku, insiden-insiden yang dicatatkan di laman media sosial membuktikan sebaliknya.

Pakar kawalan serangga mengatakan selain menemui pepijat yang hidup, terdapat beberapa cara untuk mengetahui jika tempat duduk anda ada serangga-serangga perosak yang lain.

Salah satu caranya, menurut Encik Thomas Fernandez Pengerusi dan CEO PestBusters, adalah untuk melihat jika terdapat tompok-tompok kecil darah pada kusyen kerusi.

Selain itu, adalah mengesan najisnya yang berwarna merah gelap menurut pengarah Aardwofl Pestkare, Encik Patrick Chong.

"Jika anda rasa gatal, lihat kerusi anda dan tukar jika perlu," kata beliau. Namun begitu, gigitan pepijat bukan seperti gigitan nyamuk. Ia memakan masa selama tiga hingga enam jam sebelum anda terasa gatal.

Jadi, bagaimanakah untuk tahu jika gigitan itu benar-benar daripada gigitan pepijat?

Ketua dan konsultan divisyen dermatologi Hospital Universiti Kebangsaan Dr Nisha Suyie berkata secara amnya, gigitan serangga termasuk lebam merah pada kulit bahkan juga ruam.

Bagaimanapun tiada corak tetap pada gigitan pepijat, tetapi ia sering menyerang bahagian badan yang terdedah semasa tidur, seperti kepala dan leher, bahu, lengan dan kaki.

PESAWAT YANG DICUCI KERAP TIDAK JAMIN MENCEGAH PEPIJAT

Mungkin para penumpang kecewa bahawa tidak ada cara untuk mencegah pepijat daripada memasuki pesawat, menurut pakar kawalan serangga.

"Pepijat memakan darah, dan kerana terdapat aliran terus penumpang yang selalu menaiki pesawat dan menyentuh kerusi pesawat, maka hampir tiada cara untuk mencegah pepijat memasuki pesawat," dedah Encik Chong.

"Ia boleh didapati pada baju penumpang, seluar, kasut mahupun bagasi," tambah Encik Fernandez.

Kedua-dua pakar pembasmi serangga itu juga mendedahkan bahawa mencuci pesawat seperti biasa tidak akan mencegah pepijat.

Khidmat pasukan penghapus serangga diperlukan untuk membersihkan pesawat .

Menurut Encik Chong, sepertimana yang beliau tahu, langkah-langkah kawalan serangga sering dilakukan syarikat penerbangan dan mereka amat ketat dalam mematuhinya.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan