Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Penyakit lembu gila boleh diturunkan dari manusia ke manusia

Satu kajian baru mendapati penyakit lembu gila boleh diturunkan dari manusia ke manusia.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyakit lembu gila boleh diturunkan dari manusia ke manusia

Gambar: CHARLES OSGOOD/AP

Diterbitkan : 23 Nov 2017 08:45PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 08:51PM

MIAMI: Satu kajian baru mendapati penyakit lembu gila boleh diturunkan dari manusia ke manusia.

Menurut laporan dalam jurnal Science Translational Medicine itu, protein tidak normal yang ada dalam penyakit tersebut terdapat pada kulit manusia dan boleh menyebabkan jangkitan jika mereka memasuki aliran darah orang lain.

Ia juga boleh dijangkiti melalui pembedahan biasa yang tidak melibatkan otak.

Kajian itu berdasarkan sampel kulit daripada 38 pesakit yang meninggal dunia akibat penyakit berkenaan.

Setakat ini, tiada penawar untuk penyakit lembu gila dan kebanyakan yang dikesan akan meninggal dunia dalam masa setahun.

Orang ramai mula sedar tentang penyakit lembu gila beberapa dekad lalu apabila penduduk di Britain didiagnos dengan penyakit tersebut selepas makan daging lembu yang dijangkiti CJD.

Kesatuan Eropah kemudian mengekang import daging dari Britain pada tahun 1996 sehingga tiga tahun kemudian.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 224 kes penyakit itu dikesan dari Oktober 1996 hingga Mac 2011 dengan kebanyakannya dari Britain.  

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan