Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pencipta Britain ini berjaya hidupkan 'Iron Man'

Seorang pencipta Britain Richard Browing berjaya "terapung" dari pantai Pelabuhan Vancouver pada Khamis (27 April) dengan memakai baju terbang peribadi yang persis watak adiwira komik Iron Man!

Anggaran Waktu Membaca:
Pencipta Britain ini berjaya hidupkan 'Iron Man'

Pengasas Gravity Richard Browning memperagakan baju terbang Iron Man beliau. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 May 2017 11:07PM Dikemas Kini : 03 May 2017 11:10PM

VANCOUVER: Seorang pencipta Britain Richard Browing berjaya "terapung" dari pantai Pelabuhan Vancouver pada Khamis (27 April) dengan memakai baju terbang peribadi yang persis watak adiwira komik Iron Man!

Dengan menggunakan roket kecil di tangan dan bahagian belakang badannya, Browning terbang dalam satu bulatan dan terapung di udara sekaligus mengagumkan para pengunjung di Persidangan TED.

Baju terbang peribadi itu mampu membuat si pemakai terbang lebih tinggi dan bergerak lebih laju, menurut para penciptanya.

Encik Browing menceritakan bagaimana beliau bereksperimen dengan pelbagai jenis enjin jet kecil yang diletakkan di bahagian tubuhnya.

Menurutnya sepanjang mencipta baju itu, beliau lebih banyak terjatuh daripada berterbangan.

"Keseluruhan perjalanan ini adalah untuk mencuba dan gagal, dan mempelajari daripada pengalaman itu," kongsi Encik Browning.

Satu video selama 55 saat yang menunjukkan beliau beraksi dalam baju itu mendapat lebih sejuta tontonan sejak ia dimuat naik di YouTube sekitar tiga minggu lalu.

Encik Browning menambah bahawa beliau sudah menarik minat beberapa pelabur termasuk dari tentera Britain yang memberitahu beliau bahawa mereka sudah putus asa membangunkan ciri baju terbang seperti itu sehingga melihat Encik Browning sendiri beraksi.

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan