Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Para pengguna Instagram rupa-rupanya penggemar bayi

Nampaknya para pengguna Instagram bukan sahaja menggila-gilakan artis kegemaran mereka tetapi juga kemaruk dengan cahaya mata para selebriti berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Para pengguna Instagram rupa-rupanya penggemar bayi

Gambar: Wiki Commons

Diterbitkan : 03 Dec 2017 01:54PM Dikemas Kini : 03 Dec 2017 03:17PM

LOS ANGELES: Nampaknya para pengguna Instagram bukan sahaja menggila-gilakan artis kegemaran mereka tetapi juga kemaruk dengan cahaya mata para selebriti berkenaan.

Semalam (29 Nov), Instagram mengumumkan datanya bagi tahun ini dan tidak hairanlah bahawa Selena Gomez yang merupakan pengguna pertama untuk mencecah 100 juta pengikut September tahun lalu sekali lagi dinobatkan sebagai Ratu Instagram.

Ariana Grande pula melonjak ke kedudukan kedua selepas berjaya menambah lebih 20 juta pengikut dalam setahun. Dengan 115 juta pengikut, penyanyi versi baru "Beauty and the Beast" itu menyingkir Taylor Swift yang jatuh ke tempat keenam.

Satu-satunya pemain bola sepak dalam senarai 10 pengguna yang paling diikuti itu iaitu penyerang handal pasukan Real Madrid, Christiano Ronaldo melompat ke tempat ketiga sementara diva industri muzik, Beyonce, kekal di tangga keempat.

A post shared by Beyoncé (@beyonce) on

Namun, lebih menarik lagi ialah senarai lima catatan yang mendapat 'like' yang terbanyak bagi tahun 2017. Kelima-limanya merupakan catatan tiga daripada empat pengguna terpopular yang baru disebutkan - Selena Gomez, Christiano Ronaldo dan Beyonce, dengan satu tema yang sama iaitu bayi.

Para pengguna Instagram yang kini mencecah 600 juta memberi lebih 11,180,000 'like' bagi catatan Beyonce yang mengumumkan bahawa beliau melahirkan sepasang kembar. Malah dalam hanya 24 jam, Beyonce mendapat lebih 8 juta 'like'.

Sementara itu, catatan tentang keluarganya memacu kedudukan Christiano Ronaldo yang berjaya meraih tiga daripada 10 tempat dalam senarai tersebut. Catatannya pada bulan November lalu yang memaparkan dirinya tersenyum lebar di samping teman wanitanya, Georgia Rodriguez dan anak perempuannya hanya sekitar 151,500 'like' di belakang rekod Beyonce.

A Alana Martina acaba de nascer! Tanto a Geo como a Alana estão muito bem! Estamos todos muito felizes! ❤️

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Gambar Selena Gomez selepas pembedahan pemindahan buah pinggang ditempatkan di kedudukan ketiga. Catatan berkenaan merupakan hanya satu-satunya dalam senarai itu yang bukan mengenai bayi.

Sekali lagi, tempat keempat menjadi milik Beyonce dengan gambarnya bersama kembarnya, Sir Carter dan Rumi mengecapi labih 10,000 'like' diikuti pula dengan satu lagi pasangan kembar iaitu Mateo dan Elva, anak-anak perempuan Cristiano Ronaldo.

Pokoknya, sekiranya anda pernah termimpi untuk disenaraikan, senang sahaja. Anda hanya perlu menjadi seorang artis terkenal dan mungkin sepasang kembar juga! 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan