Images
  • omar the cat
    'Omar the Cat' yang sepanjang 120 sentimeter dan seberat 14 kilogram. (Gambar: omar_mainecoon/ Instagram)

Omar the Cat mungkin dinobat kucing terpanjang di dunia pada 1.2 meter

BRITAIN: Sepanjang 120 sentimeter dan seberat 14 kilogram - kucing jenis 'maine coon' yang dinamakan 'Omar the Cat' kemungkinan dinobatkan sebagai kucing terpanjang di dunia.

Berusia tiga tahun, Omar mendapat perhatian umum selepas gambarnya dimuat naik ke akaun 'The Cats of Instagram' yang mempunyai lapan juta pengikut.

Ia termasuk Rekod Dunia Guinness yang kemudian menghubungi pemiliknya, Stephy Hirst.

Omar berharap untuk memecahkan pemegang rekod dunia sekarang, Ludo yang juga kucing 'maine coon' dari Britain.

Rekod Dunia Guinness bagaimanapun belum mengesahkan jika Omar ditabalkan sebagai pemegang rekod.  

- Agensi berita/im

Komen Anda?

Top