Images
  • pisang
    Gambar hiasan. (Gambar: merdeka.com/ Huffingtonpost.com)

Nanti dulu! Jangan dibuang kulit pisang...banyak manfaatnya

BERITAMediacorp: Mulai sekarang, jika anda makan pisang jangan dibuang kulitnya. Ini bukan gurauan. Ini betul-betul.

Percaya atau tidak, menurut penelitian yang dipetik dari laman Boldsky.com, kulit pisang itu sendiri mengandungi jumlah tinggi vitamin B6, B12, magnesium dan kalsium, serat dan protein.

Oleh itu, dengan adanya pelbagai zat dan khasiat pada kulit pisang, ia dapat membantu menangani beberapa gangguan kesihatan pada tubuh anda. Ini senarainya:

MEMUTIHKAN GIGI:
Jika anda inginkan gigi yang putih bersih dengan cara yang sihat dan alami, cuba ambil kulit pisang dan gosokkan pada gigi secara kerap.

MENGHILANGKAN KUTIL:
Jika anda mengalami masalah kutil dan tidak pasti bagaimana menghilangkannya, kulit pisang boleh digunakan untuk disapu pada bahagian kulit yang bermasalah.

MENGUBATI PSORIASIS:
Psoriasis adalah penyakit autoimun (autoimmune) yang boleh menyebabkan radang kulit. Apabila kulit terasa sakit atau gatal, anda boleh menyapu kulit pisang juga.

MENGHILANGKAN RASA SAKIT PADA TUBUH:
Kulit pisang bersifat analgesik atau melegakan kesakitan. Oleh itu, jika anda sedang sakit pada bahagian tertentu tubuh, gosokkan kulit pisang pada bahagian itu.

MENURUNKAN BERAT BADAN:
Percaya atau tidak, kulit pisang boleh dimakan! Setelah dibersihkan, ia boleh dimakan seperti biasa.

Menurut laporan Boldsky.com, berat badan boleh turun sebanyak dua kilogram setiap bulan jika ini dibiasakan.

MENYEMBUHKAN GIGITAN SERANGGA:
Gigitan serangga sering membuta kulit terasa gatal. Anda boleh merawatnya dengan menyaku kulit pisang pada bahagian yang terkena gigitan.

Menarik bukan? Siapa sangka selama ini kulit pisang yang dibuang itu rupa-rupanya banyak manfaat. 

- Merdeka.com/Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top
>