Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Nak hias kuku anda? Cubalah ‘kuku lampu lap-lip ini’

Gambar dan video beliau di Instagram saja sudah ditonton puluhan ribu kali dan berkemungkinan menjadi trend masa depan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Nak hias kuku anda? Cubalah ‘kuku lampu lap-lip ini’

Seni perhiasan kuku direka di Korea Selatan, 'Kuku Lap-Lip'. (Gambar: Instagram/ Park Eunkyung)

Diterbitkan : 25 Aug 2017 11:45PM Dikemas Kini : 26 Aug 2017 12:01AM

KOREA SELATAN: Bayangkan kuku jari tangan anda dihias dengan “lampu lap-lip”.

Itulah yang dilakukan Park Eunkyung, seorang pereka kuku yang popular dari Korea Selatan.

Beliau mungkin memulakan satu trend dalam seni perhiasan kuku – lampu lap-lip LED yang sesuai bagi mereka mahu menjadi perhatian utama di majlis-majlis keramaian.

Menurut laman Oddity Central, Eungkyung, yang diikuti ramai di laman Instagram, baru-baru ini memuat naik satu siri gambar idea seni perhiasan kuku beliau – kuku palu yang dihias dengan lampu LED.

Menarik? Namun pada masa yang sama ia sukar untuk dilaksanakan.

Beliau membuat keputusan untuk mengenakan reka bentuk seperti anting-anting bagi perhiasan LED yang luar biasa itu.

Selepas meggerudi satu lubang kecil di kuku palsu itu, Eunkyung memasang perhiasan itu di hadapan dan menghubungkannya dengan bateri-bateri kecil di belakang kuku palsu berkenaan.

Oddity Central tidak pasti berapa lama bateri itu dapat bertahan atau jika Eunkyung merancang untuk menjual perhiasan kuku LED tersebut.

Namun orang ramai sudah tidak sabar untuk mendapatkan alat itu.

Gambar dan video beliau di Instagram saja sudah ditonton puluhan ribu kali dan berkemungkinan menjadi trend masa depan. 

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan