Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Muzik video artis Syria-Amerika yang hamil mahu pecahkan stereotaip terhadap wanita Muslim

Seorang penyair dan artis berketurunan Syria-Amerika, Mona Haydar, melancarkan kerjayanya dalam industri muzik baru-baru ini dan sudahpun menerima respons yang bercampur-campur.

Anggaran Waktu Membaca:
Muzik video artis Syria-Amerika yang hamil mahu pecahkan stereotaip terhadap wanita Muslim

Mona Haydar, penyair dan artis berketurunan Syria-Amerika. (Gambar: Mona Haydar/ Instagram)

Diterbitkan : 07 Apr 2017 11:07PM Dikemas Kini : 07 Apr 2017 11:29PM

AMERIKA SYARIKAT: Seorang penyair dan artis berketurunan Syria-Amerika, Mona Haydar, melancarkan kerjayanya dalam industri muzik baru-baru ini dan sudahpun menerima respons yang bercampur-campur.

Pada Isnin lalu (3 Apr), Mona melancarkan video muzik lagu bergenre rap berjudul 'Hijabi' - yang dirakam semasa beliau hamil lapan bulan, lapor laman Huffington Post.

Lagu itu bukan saja dekat di hati wanita Muslim, malah ia juga sebagai memperjuangkan kerencaman di kalangan manusia dan respons terhadap mereka yang menolaknya.

"Memandangkan pentadbiran (negara) kita sekarang yang bersungguh-sungguh merendah-rendahkan wanita dan Muslim, antara lain, saya mahu segera mengeluarkan lagu ini," Mona, yang kini menetap di New York, memberitahu laman Huffington.

"Saya berharap sebagai wanita hamil yang jelas juga seorang Muslim yang menghasilkan seni serta berkata benar, saya dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan mewujudkan keriangan, kegembiraan dan harapan."

Setelah 'Hijabi' dilancarkan pada Isnin lalu, ramai yang kini menjadi peminatnya.

'Hijabi' adalah percubaan Mona untuk mewujudkan perbincangan positif tentang kepelbagaian dan penerimaan.

"Saya mahu memberi inspirasi kepada gadis-gadis muda dan memberitahu mereka bahawa mereka boleh bergaya dan berpakaian seperti yang mereka mahu namun masih kekal relevan dan terkini," katanya kepada Huffington Post.

Namun, usaha beliau tidak diterima baik oleh segelintir masyarakat.

Menurut Mona, Muslim yang lebih bersifat konservatif menyifatkan bahawa muzik beliau sebagai "haram". Mereka, kata beliau, percaya bahawa kaum wanita tidak seharusnya menyanyi atau membuat persembahan. Namun, Mona berpendapat sebaliknya.

(Gambar: Mona Haydar/ Instagram)

(Gambar: Mona Haydar/ Instagram)

"Cinta pertama saya, bahasa budaya yang dekat dengan saya sepanjang saya membesar adalah hip-hop," beliau memberitahu Huffington Post.

"Saya tidak memilih untuk mencampur-adukkan hip-hop dengan agama saya. Ini adalah cara saya meluahkan perasaan hati."

Bagi Muslim yang mengatakan muzik beliau dilarang oleh agama, Mona yakin suatu hari nanti mereka akan dapat menerimanya.

"Saya mempelajari Islam. Saya bukan budak kecil yang berkarya dengan terburu-buru. Saya wanita yang sudah dewasa yang meyakini seni itu dapat mengubah dunia," kata beliau.

Haydar berkata bahawa beliau tidak bimbang tentang mereka yang membenci.

"Mereka akan menerimanya satu hari nanti dan saya akan mengalu-alukan mereka dengan sepenuh kasih sayang apabila tiba masanya," ujar Haydar lagi. 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan