Images
  • malaysian beauty pageant

Miss Universe M'sia peraga baju 'Nasi Lemak' di Ratu Cantik 2017 di Las Vegas

PETALING JAYA: Nasi lemak akan sekali lagi akan menjadi perhatian. Kali ini di pentas antarabangsa apabila peserta Ratu Cantik Malaysia memperagakan baju 'nasi lemak'.

Samantha Katie James akan mengenakan baju yang diilhamkan daripada hidangan kegemaran ramai itu di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 di Las Vegas pada bulan depan.

Dalam satu acara prebiu yang diadakan di Menara MyEg di Petaling Jaya, peragawati berketurunan Cina-Brazil yang berusia 22 tahun itu, memperagakan gaun khas karya pereka fesyen Brian Khoo, lapor laman The Star.

Seperti nasi lemak yang biasa dimakan, baju tersebut turut menonjolkan ciri-ciri serupa seperti nasinya, sambal, ikan bilis, hirisan timun, telur goreng, kacang tanah malah lengkap dengan daun pisang!

"Saya dan pasukan saya mahu memberikan James pakaian yang unik dan ikonik untuk peraduan tahun ini. Nasi lemak adalah hidangan yang hanya boleh dijumpai di Malaysia dan ia makanan yang boleh dinikmati semua orang.

"Kami rasa ia adalah kostum terbaik untuk mencerminkan keunikan Malaysia," kata Encik Khoo seperti yang dipetik The Star Online.


Pengarah Nasional Pertubuhan Ratu Cantik Malaysia, Elaine Daly, melahirkan keyakinan beliau bahawa James hanya akan memberikan yang terbaik.

"Kami berharap beliau akan dapat meraih gelaran pertama Ratu Universe buat Malaysia. Sekalipun begitu, jika beliau tidak memenanginya, kami sememangnya sudah berbangga dengan percapaian beliau," kata Cik Daly.

Peraduan Ratu Universe yang ke-66 diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 26 November, menurut The Star Online.

- Agensi berita/NK/sm

Komen Anda?

Top