Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Minum kopi dalam cawan biskut; enak & mesra sekitaran!

Pernahkah anda terfikir apakah snek gandingan terbaik bagi secawan kopi?

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jul 2017 05:46PM Dikemas Kini : 08 Jul 2017 10:24PM

BERITAMediacorp: Pernahkah anda terfikir apakah snek gandingan terbaik bagi secawan kopi?

Sebuah syarikat di Bulgaria menghasilkan sejenis cawan diperbuat daripada biskut wafer yang bukan saja enak dimakan tetapi dapat juga melindungi alam sekitar.

Tiga pengkaji muda Bulgaria mengambil masa tiga tahun untuk menghasilkan 'Cupffee', cawan biskut wafer untuk kedua-dua minuman sejuk dan panas.

Diperbuat daripada tepung dan bahan bijirin, cawan biskut wafer ini tidak merubah rasa minuman dan kekal rangup meskipun digunakan untuk menampung air.

Produk terbaru ini diharap dapat mengurangkan penggunaan cawan kertas atau plastik.

Dianggarkan lebih 130 bilion cawan pakai buang digunakan di merata dunia setiap tahun.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan