Images
  • kopi
    Gambar fail kopi. (Gambar: AFP)

Minum kopi 3 hingga 4 kali sehari baik untuk kesihatan

LONDON: Hasil kajian saintifik oleh sebuah pasukan dari Universiti Southampton di Britain menunjukkan bahawa kopi baik untuk kesihatan.

Mereka yang minum sehingga empat kopi sehari lebih berkemungkinan mengalami risiko lebih rendah menghidap penyakit jantung dan masalah hati seperti cirrhosis.

Kopi juga boleh mengurangkan risiko menghidapi beberapa barah termasuk barah prostat, endometrium, kulit dan hati, menurut para pengkaji.

Kajian tersebut berdasarkan lebih 200 kajian sebelum. Namun, pasukan pengkaji itu mengatakan bahawa walaupun kajian itu menyeluruh, ia bukan dapatan muktamad mengenai kebaikan meminum kopi dan penyelidikan lanjut akan diteruskan.
 

- CNA/MM/sm

Komen Anda?

Top