Images
  • michelle obama yara shahidi
    Michelle Obama dan pelakon Yara Shahidi. (Gambar: AP)

Michelle Obama tulis surat perakuan bagi bantu pelakon Iran-Amerika ke kolej

LOS ANGELES: Apabila pelakon bagi sitkom ‘Black-ish’ Yara Shahidi ingin meneruskan pengajiannya di kolej, ramai peminat dan penyokong menerima berita itu dengan gembira.

Malah, selain mendapat sokongan dari golongan peminat, beliau juga menerima dorongan daripada seseorang yang cukup disegani di Amerika Syarikat.

Lebih menarik lagi, menurut Huffington Post, Yara bukan sahaja mendapat kata-kata perangsang dari mantan Wanita Pertama Amerika Syarikat Michelle Obama, beliau turut diberi surat-surat perakuan bagi empat universiti, termasuk Harvard, daripada isteri Barack Obama itu!

Dalam petikan laporan Huffington Post, pelakon dan model yang berdarah kacukan Iran, Afrika dan Amerika itu turut memberitahu majalah W: “Beliau banyak menyokong saya sehingga sukar untuk saya ungkapkan.”

Michelle Obama, kata Yara, turut memberitahunya terus melakukan yang terbaik dengan kata-kata “go get ‘em, tiger” sebelum Yara menduduki peperiksaan Penempatan Lanjutannya.

Pada Oktober lalu, Michelle Obama dan Yara Shahidi pernah membuat kemunculan bersama di Washington bagi membincangkan peri-pentingnya pendidikan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia sewaktu acara “International Day of the Girl” oleh majalah Glamour.

Yara juga merancang untuk mengambil dua pengkhususan dalam jurusan sosiologi dan pengajian Afrika Amerika, dalam tukilan laporan Huffington Post.

Bagaimanapun, sebelum remaja 17 tahun itu memulakan pendidikan peringkat tingginya, beliau ingin melalui “pengalaman kolej yang tidak ortodoks” dengan mengambil jangka rehat selama sekurang-kurangnya setahun.

“Saya sudah bekerja lebih separuh kehidupan saya dan ia selalunya diimbangi dengan sekolah dan tanggungjawab yang lain.

“Oleh itu, tentu seronok bagi saya untuk mengambil masa setahun untuk memberi tumpuan pada kerja dan fokus pada minat-minat yang tertentu, sebelum saya memilih kerjaya dan membuat keputusan tentang apa yang ingin saya pelajari serta menentukan jalan hidup saya.” 

- Agensi berita/im

Komen Anda?

Top
>