Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Meski pertama kali diadakan, Minggu Fesyen Sopan berjaya jana $500,000

Minggu MODESTyle yang melabuhkan tirainya hari ini (31 Okt) berjaya menjana hasil penjualan bernilai $500,000.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Minggu MODESTyle yang melabuhkan tirainya hari ini (31 Okt) berjaya menjana hasil penjualan bernilai $500,000.

Acara itu dianjurkan buat julung-julung kalinya sebagai sebahagian daripada Minggu Fesyen Singapura (SFW).

Acara yang berlangsung selama tujuh hari itu diadakan di pusat beli-belah Tampines Mall.

Sekitar 10,000 pengunjung membanjiri pusat beli belah tersebut sepanjang tempoh Minggu MODESTyle diadakan.

Acara itu menonjolkan fesyen-fesyen sopan yang kian mendapat perhatian masyarakat baik tempatan mahupun global.

Antara fesyen yang dipamerkan termasuk jenama-jenama yang baru menembusi pasaran Singapura.

Sepanjang tujuh hari, para pembeli dan perusahaan disajikan dengan pelbagai fesyen Muslim.

Ini termasuk lebih 30 jenama fesyen, aksesori dan pelbagai produk kecantikan, menurut penganjurnya MODESTyle.

Ini sekaligus membolehkan sesebuah syarikat untuk memperolehi syarikat fesyen lain dan para pembeli pula berpeluang meninjau-ninjau jenama negara lain.

Jumlah setengah juta dolar yang diraih sepanjang Minggu MODESTyle adalah hasil penjualan antara syarikat (B2B) dan dengan para pembeli individu (B2C).

Selain itu, satu pertunjukan fesyen sopan yang gah diadakan di Galeri Nasional pada 28 Oktober.

Ia menampilkan jenama-jenama terkenal seperti Dian Pelangi, Jovian Mandagie, selain menonjolkan karya pereka tempatan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan