Images
  • knee injury
    Puluhan juta orang berusia 40 tahun ke atas mengadu sakit lutut dan kerap mendengar bunyi di lutut mereka. (Gambar: © 2017 The New York Times)

Meski kurang bukti glukosamina berkesan kurangkan kesakitan sendi, sebilangan pesakit akur ia bermanfaat

SINGAPURA: Para pengkaji dari Belanda baru-baru ini mendapati glukosamina (glucosamine) "tiada kesan kecuali pil kosong" dalam merawat kesakitan artritis lutut atau pinggang.

Namun, adakah para doktor dan pesakit di negara ini akan membuang jauh-jauh ubat tambahan bagi penyakit sendi itu?

Beberapa doktor ditemu bual Mediacorp memberitahu bahawa kekurangan bukti mengenai manfaat kesihatan glukosamina sudah diketahui mereka sekian lama.

Dr Kevin Lee, pengasas bersama Pinnacle Orthopaedic Group, berkata beliau secara peribadi tidak memberi preskripsi tambahan glukosamina dan tidak berbuat begitu sejak enam tahun lalu.

Pakar Runding dan Bedah Orthopaedic Hospital Mount Alvernia Dr Gowreeson Thevendran berkata kajian berskala besar seawal 2006 menunjukkan tiada manfaat besar glukosamina berbanding pil-pil penawar ataupun ubat anti-radang yang biasa diambil.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan pesakit yang mengalami osteoartritis melaporkan bahawa ada perubahan dalam mengurus kesakitan dan fungsi sendi, katanya.

Meskipun terdapat kekurangan bukti mengenai penggunaan glukosamina bagi memperbaiki kesihatan sendi, bagi jururawat seperti Sutha Wasudevan, glukosamina dapat memberi kelegaan terhadap kesakitan yang beliau alami.

Ini meskipun beliau pada asalnya ragu-ragu setelah bekerja di wad ortopedik dan mendengar aduan para pesakit mengenai glukosamina tidak berkesan dalam mengurangkan kesakitan beliau.

Beliau kemudian membuat keputusan untuk mencubanya setahun setengah yang lalu dan tidak mendapatkan nasihat doktor.

Beliau percaya ia berkesan kerana apabila beliau berhenti mengambil glukosamina selama dua minggu, kesakitan itu dapat dirasai semula. 

- CNA/RU/ru

Komen Anda?

Top