Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Meruntun hati apabila anak monyet 'ratapi' kematian ibu

 Seekor anak monyet itu boleh dilihat berpaut pada wajah ibunya yang sudah tiada lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Meruntun hati apabila anak monyet 'ratapi' kematian ibu

(Gambar: Yadav Moviesera/YouTube)

Diterbitkan : 16 Mar 2017 11:09PM Dikemas Kini : 16 Mar 2017 11:17PM

INDIA: Kehilangan seorang ibu memang satu hakikat yang agak sukar untuk diterima. Ibu yang melahirkan, membelai dan membesarkan anaknya.

Malah, perasaan sedih itu bukan saja dirasai oleh manusia tetapi juga haiwan. Baru-baru ini sebuah rakaman video dimuat naik online, menunjukkan seekor anak monyet yang 'meratapi' kematian ibunya.

Menurut laporan laman RT, ibu monyet itu maut dalam satu kemalangan jalan raya di selatan India.

Menerusi rakaman video tersebut, anak monyet itu boleh dilihat berpaut pada wajah ibunya yang sudah tiada lagi.

Tambah meruntun hati, ia seolah-olah tidak dapat menerima hakikat ibunya sudah mati.

Boleh didengar suara anak monyet itu 'menangis' seperti memanggil-manggil ibunya.

"Kehilangan seseorang yang disayangi bukan saja menyakitkan bagi manusia," seorang wanita yang menyaksikan insiden itu memberitahu Times of India.

"Haiwan pun meratap. Kami melihat anak monyet itu meratap melihat bangkai ibunya," kata wanita itu lagi.

Polis kemudian dilaporkan memisahkan anak monyet itu daripada ibunya sedang mereka mengalihkan bangkai monyet itu.

Menurut laporan RT, anak monyet itu mengekori orang ramai dan melihat dari jauh sedang mereka menanam bangkai ibunya.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan