Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mengapa hos popular Sarah Sechan undur diri dari media sosial

Personaliti dan hos terkenal Sarah Sechan memutuskan untuk 'bercerai' dari dunia media sosial. 

Anggaran Waktu Membaca:
Mengapa hos popular Sarah Sechan undur diri dari media sosial

Hos popular Indonesia, Sarah Sechan. (Gambar: Sarah Sechan Net/ Instagram)

Diterbitkan : 07 Mar 2017 12:44PM Dikemas Kini : 07 Mar 2017 12:56PM

JAKARTA: Personaliti dan hos terkenal Sarah Sechan memutuskan untuk 'bercerai' dari dunia media sosial.

Beliau menulis buat kali terakhir di Instagram dan Twitter minggu lalu bagi memaklumkan tindakan tersebut.

Memang, dalam era media sosial kini, semakin ramai orang kian tertarik untuk mengambil gambar yang cantik bagi meraih jumlah ‘suka’ yang banyak.

Meskipun ada sesetengah orang yang benar-benar ingin mengabadikan pengalaman dalam bentuk gambar, kebanyakannya lebih tertumpu untuk menarik perhatian golongan media sosial tanpa menikmati detik berharga itu sepenuhnya.

Pada masa yang sama, gambar-gambar yang dipaparkan di media sosial seringkali tidak menggambarkan kehidupan dalam dunia sebenar. Pendek kata, seseorang itu boleh memilih untuk menonjolkan sisi glamor dan kejayaannya sahaja.

Malangnya, ia dapat menjejas kehidupan seseorang itu serta orang lain yang mungkin mula ‘mencemburui’ gaya hidup sedemikian.

Salah seorang selebriti yang semestinya betul-betul memahami situasi tersebut adalah hos popular Indonesia, Sarah Sechan.

Namanya meningkat ke status selebriti sebagai seorang VJ MTV, ibu seorang anak itu juga meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon wanita, pengacara TV dan hos rancangan bual bicara popular di Net TV.

Dengan sekitar 158,000 pengikut di Instagram, dan 2.6 juta pengikut di Twitter, beliau juga merupakan salah seorang bintang media sosial yang terunggul di Indonesia.

Namun, pada 1 Mac lalu, menerusi catatan video Boomerang di Instagram, Sarah menerangkan tentang sebab-sebabnya untuk menjadikan catatan tersebut yang terakhir di media sosial. Beliau juga sudah menukar akaunnya kepada privet, dalam petikan laporan Coconuts Jakarta.

Malah, dalam catatan tersebut, Sarah turut menulis tentang keputusannya untuk mula menikmati kehidupan sepenuhnya, tanpa cuba untuk membuktikan sesuatu atau memuaskan hati orang lain.

(Gambar: Petikan skrin Sarah Sechan/ Instagram)

(Gambar: Petikan skrin Sarah Sechan/ Instagram)

Antaranya, beliau juga menyentuh tentang hasrat ingin meluahkan rasa syukur mahupun gusar kepada Penciptanya, "yang membaca isi hati, dan bukan kapsyen".

Malah, Sarah juga ingin memberi keutamaan kepada perbualan dan luahan dari hati ke hati, dan bukan menulis kata-kata yang ditukil dari pencarian google, seperti dipetik Coconuts Jakarta.

Catatan asal Sarah Sechan dilampirkan di bawah:

Hey you sexy people .. this will be my last post on instagram & twitter.

I have decided that at this age (forever 24, of course) I need to really start living and enjoy every moment of my life, not busy trying to make a point or seek approval from strangers.

I want to whisper my gratefulness (and disappointments!) to my creator only, because we all know God listens to our heart, not reading our captions .

I want to tell a person how I feel & what I’m thinking by talking heart to heart, not post quotes I found on google search.

I want to go back to the days when I eat because it’s basic necessity, not because foodporn posts are considered cool. I want to wear certain outfit because it makes me feel comfortable, not because I have to post ootd (or because I got them free ).

I realize I have spent a little too much time doing unnecessary postings instead of engaging with my surrounding and living the moment. I need to interact & pay attention to those closest to me, as I have no guarantee of how much time I have left to spend with them.

I want to cherish my intimate memories within myself. you know the saying “tomorrow is only a promise”. I want others to speak of my achievements, without me having to shout about it on my posts. I want individuals to know me because they have met me and spent time with me, not because they read a sentence of my caption underneath a photo I posted after selecting from hundreds of pretentious selfies . and vice versa, I don’t want to think I know someone just because I follow him/her on social media.

So here it is, my last post. I made this with boomerang, tried at least 20x, edited with music, spent about 45 minutes overall to have this post on my ig page when I should be getting rid of my makeup half hour ago and get myself ready to prepare dinner. oh life on social media is exhausting and taking too much of my precious mommy-mode afternoon.

Thank you for being such lovely followers it’s been wonderful . 

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan