Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

McDonald's perkenalkan 'Fish and Fries' di cawangan M'sia

Berita baik bagi mereka yang menggemari makanan Fish and Chips. McDonald's di Malaysia sudah mula mempernalkan 'Fish and Fries' di beberapa cawangannya.

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's perkenalkan 'Fish and Fries' di cawangan M'sia

Set hidangan Fish and Fries di McDonald's Malaysia. (Gambar: Facebook/Dabao Today)

Diterbitkan : 04 Nov 2017 02:23PM Dikemas Kini : 04 Nov 2017 02:26PM

KUALA LUMPUR: Berita baik bagi mereka yang menggemari makanan Fish and Chips. McDonald's di Malaysia sudah mula mempernalkan 'Fish and Fries' di beberapa cawangannya.

Demikian menurut beberapa lelaman dan para pengguna internet negara tersebut yang melaporkan tawaran terbaru itu yang dijual di beberapa cawangan di Malaysia.

Set itu mengandungi filet ikan yang disaluti dengan bater yang rangup, disajikan dengan kentang jejari dan sos tartar.

Menurut laman says.com/my, 'Fish and Fries' ditawarkan di cawangan McDonald's berdekatan Kuala Lumpur termasuk Centrepoint Bandar Utama, TTDI dan Jusco Balakong.

Set hidangan tersebut berharga RM13.95 (S$4.50) dan RM19.95 (S$6.40), masing-masing menyediakan sekeping dan dua keping filet ikan.

'Fish and Fries' ditawarkan di Thailand, Jakarta dan Filipina buat tempoh terhad pada bulan Mac tahun ini. 

Sumber : CNA/Agensi Berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan