Images
  • beer
    Gambar hiasan. (Gambar: Lianne Chia)

Masalah minum arak tiada beza dengan salah guna dadah

SINGAPURA: Walaupun meminum minuman keras diterima oleh masyarakat awam, pakar-pakar gejala ketagihan yang ditemui Mediacorp berkata ia boleh menjadi satu dadah yang membawa maut.

"Sebagai seorang doktor, saya boleh mengatakan tidak ada beza sama sekali jika anda seorang yang menyalah guna dadah atau kaki botol," kata Ketua Jabatan Perubatan Ketagihan Khidmat Pengurusan Ketagihan Nasional (NAMS) Dr Gomathinayagam Kandasami.

"Ketagihan memusnahkan anda dan keluarga anda, dan menambah risiko anda mati lebih awal."

Beliau juga merujuk statistik daripada Kajian Kesihatan Mental Singapura 2010, yang menunjukkan 96.2 peratus terjejas dengan salah guna minuman keras dan tidak mendapatkan bantuan.

Menurut kajian itu, yang juga merupakan satu-satunya statistik yang ada mengenai isu berkenaan di peringkat negara, penyalah gunaan minuman keras adalah antara tiga gangguan kesihatan mental yang biasa berlaku di Singapura.

Dr Kandasami menambah meminum arak dengan banyak pada tempoh yang singkat - seperti contoh, empat atau lima kali dalam masa setengah jam - satu petanda masalah.

Jika tidak dirawat, katanya, masalah itu akan menjadi ketagihan.

Dr Kandasami juga menarik perhatian banyak sudah dilakukan Pemerintah untuk menghadkan penjualan dan penggunaan minuman keras di tempat-tempat awam.

Tetapi lebih banyak masih boleh dilakukan, menurutnya, terutama sekali menyampaikan mesej kepada golongan muda. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top