Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Masalah beras asli, beras tiruan: Ini cara membezakannya

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila warga siber mula berkongsi tentang kewujudan beras palsu yang sama seperti beras plastik.

Anggaran Waktu Membaca:
Masalah beras asli, beras tiruan: Ini cara membezakannya

Air kumbahan beras. (Gambar: merdeka.com)

Diterbitkan : 20 Jun 2017 11:35PM Dikemas Kini : 20 Jun 2017 11:36PM

MALAYSIA: Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila warga siber mula berkongsi tentang kewujudan beras palsu yang sama seperti beras plastik.

Masalah beras palsu dikatakan bermula di Indonesia itu. Namun demikian, ia dikatakan mempunyai banyak perbezaan berbanding beras asli, lapor laman Astro Awani.

Menurut sumber-sumber, beras palsu ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin, lalu diproses dan dibentuk seperti beras asli.

Fakta mengejutkan adalah, bahan kimia yang terkandung di dalam beras palsu ini sama seperti kandungan untuk menghasilkan paip dan kabel seperti polyvinyl chloride, benzyl butyl phthalate (BBT) yang ternyata amat berbahaya untuk kesihatan, lapor Astro Awani.

Selain itu, kandungan berbahaya seperti bis 2-ethylhexyl phthalate (DEHP) dan diisononyl phthalate (DNIP) yang turut terkandung dalam beras ini boleh menyebabkan barah dan masalah pencernaan sekiranya dimakan.

Berikut cara-caranya untuk membezakan beras palsu dan beras asli, seperti yang ditukil dari laporan Astro Awani:

1) Beras palsu atau plastik kelihatan lebih berkilat berbanding beras asli. Anda harus meneliti beras sebelum membelinya kerana peniaga akan mencampurkan beras palsu dan beras asli.

2) Beras palsu mempunyai bentuk dan panjang yang sama. Manakala beras asli mempunyai saiz dan panjang yang sedikit berbeza.

3) Berbau dan rasa yang pelik sekiranya dikunyah. Bau dan rasa beras palsu ini amat berbeza dengan beras asli. Anda pasti akan dapat membezakannya semasa memasak beras tersebut.

4) Beras palsu tidak menyerap air dan sukar untuk dimasak menjadi nasi.

5) Tahukah anda, harga beras palsu adalah jauh lebih murah berbanding harga beras asli. Ini kerana peniaganya ingin menarik perhatian pembeli untuk membeli beras tersebut.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan