Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Makan sambil 'cari pahala' di 9 peniagaan makanan halal ini

Menjamu selera sambil beramal. Bukan hanya di satu atau dua restoran, malah di sembilan tempat makanan halal serata Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menjamu selera sambil beramal. Bukan hanya di satu atau dua restoran, malah di sembilan tempat makanan halal serata Singapura.

Itu boleh anda lakukan sebagai sebahagian daripada Minggu Memberi Singapura (GivingWeekSG), sebuah kempen kebangsaan yang bertujuan menggalak orang ramai lebih mempunyai semangat sukarela dan suka memberi.

Acara makan sambil beramal itu diterajui buat julung-julung kali oleh Halalfoodhunt, sebuah portal penyenarai tempat makanan halal setempat.

SAMBUTAN HANGAT DARI PENIAGA MELAYU

Walaupun belum 2 tahun beroperasi, Halalfoodhunt melibatkan diri dan menganjurkan pelbagai usaha amal.

Platter Panggang Pilihan oleh Charcos (Ang Mo Kio Ave 5)

Kerjasama bersama para penjual dalam rangkaian mereka kali ini disifatkannya sebagai amat memberangsangkan.

“Yang sangat menggalakkan, (pekedai) yang membalas emel untuk melibatkan diri dalam Giving Week, mereka membalas dengan cepat, dengan penuh ghairah.

Lemper Ayam Pedas oleh Ratu Lemper (16 Baghdad Street)

Mereka sangat suka untuk buat begini, tambah lagi bila kita menjemput mereka sumbangkan pendapatan daripada sebuah hidangan untuk dua badan yang bermakna. Mereka tidak rasa mereka akan dapat kerugian," kata Cik Safiah Alias, Pengurus Pemasaran dan Perhubungan HalalFoodHunt.

Pendeknya kata beliau, para pekedai mahu beramal dan memberi kembali kepada masyarakat.

KAWKAW DAN EAT'Z ANTARA YANG 'MEMBERI'

Sifat mahu menyumbang kepada masyarakat jelas dikongsi sama para peniaga terlibat.

Contohnya, restoran Eat'z 19 yang hanya mengambil ibu tunggal dan yang berlatarbelakangkan keluarga susah, sebagai pekerja mereka.

Kenaikan kos perniagaan tidak sedikitpun menghambat keinginan para peniaga untuk terus memberi.

“Pasang surut keuntungan itu adat perniagaan. Kalau kita rasa kita dapat sedikit, ada yang dapat lagi sedikit dari kami. Jadi kalau bukan kita yang membantu, siapa lagi?” kongsi puan Norra Md Nor, 45, pengurus operasi di Eatz 19.

Ayam Panggang Lada Hitam oleh Eatz’ 19 (AXA Tower, Shenton Way)

Satu lagi perniagaan tempatan, Kawkaw SG, turut berkongsi peranan yang boleh dimainkan kafe kecil sepertinya selain tajaan dan derma secara langsung.

Pengurus Operasi dan Acara di Kaw Kaw SG, Encik Hafiz Hanafiah, berkata:“Mungkin usaha mendekati kita sebegini, pengikut mereka pula golongan yang lain. Sama-sama kita boleh berganding untuk meningkatkan kesedaran tentang badan-badan amal yang perlu dibantu.”

MAHU BANTU BADAN KEBAJIKAN LEBIH KECIL

Secara kebetulan, itu jugalah yang menjadi salah satu misi Halalfoodhunt dalam memilih dua kumpulan amal/badan kebajikan yang bakal dibantu melalui projek ini.

“Kami tidak memilih badan-badan yang besar atau lama, kerana banyak peniaga-peniaga besar mengenali mereka dan senang membantu mereka. Kami ingin membantu badan yang kecil dan baru," ujar Cik Safiah lagi.

Kerepek Kentang Telur Asin oleh Yolkalicious (melalui tempahan sahaja) 

Ini kerana badan-badan seperti itu perlu lebih banyak pendedahan kepada orang ramai dan lebih banyak bantuan.

Hasil kutipan daripada usaha ini bakal disalurkan kepada dua badan kebajikan yang membantu kanak-kanak dari keluarga susah, iaitu LIFE SG dan Projek Goodwill Aid.

Secara terperinci, ini dia perniagaan halal yang menyertai inisiatif amal itu:

1. Lemper Ayam Pedas oleh Ratu Lemper (16 Baghdad Street)
2. Massaman Ghai (sejenis kari ayam ala Thai) oleh Siam Kitchen (Cawangan Bukit Panjang Plaza)
3. Peha Ayam Thai oleh T Bob’s Corner (Bedok North St 3)
4. Ayam Panggang Lada Hitam oleh Eatz’ 19 (AXA Tower, Shenton Way)
5. Platter Panggang Pilihan oleh Charcos (Ang Mo Kio Ave 5)
6. Hidangan Mac & Cheese (Makaroni dan Keju) oleh Kawkaw SG by Makan Sate (Pusat Kesenian Aliwal)
7. Roti Kayu Manis oleh Sunday Sourdough (430 Upper Changi Road)
8. Naughty Cookie Butter Milkshake oleh Icebox Cafe Sg (89 Rangoon Road)
9. Kerepek Kentang Telur Asin oleh Yolkalicious (melalui tempahan sahaja) 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan