Majikan ini anjurkan, tanggung sepenuhnya majlis perkahwinan amah
Jika biasanya kita mendengar kisah-kisah penderaan yang dilakukan oleh majikan ke atas pembantu rumah mereka, ini pula kisah seorang majikan wanita yang begitu baik terhadap pembantu rumahnya.
JEDDAH: Jika biasanya kita mendengar kisah-kisah penderaan yang dilakukan oleh majikan ke atas pembantu rumah mereka, ini pula kisah seorang majikan wanita yang begitu baik terhadap pembantu rumahnya.
Seorang wanita Saudi dilaporkan menganjurkan majlis perkahwinan untuk pembantu rumahnya.
Beliau menanggung sepenuhnya perbelanjaan majlis dan persiapan pengantin wanita. Beliau turut menjemput rakan-rakan pembantunya, malah menghadiahkan bulan madu buat pasangan pengantin, lapor laman Saudi Gazette.
Salah seorang tetamu majlis, aktivis sosial Zahra Al-Muabi, memuat naik video-video majlis tersebut di laman Snapchatnya.
Pengantin wanita itu adalah wanita Asia dan beliau berkahwin dengan lelaki Asia. Pembantu rumah itu, memakai gaun pengantin berwarna putih tidak dapat mengawal rasa terharu sehingga menitiskan airmata.
Wanita Saudi itu menonjolkan sikap peri kemanusiaan yang menjangkaui semua prejudis sosial dan perkauman, lapor laman Saudi Gazette.
Beliau juga menjadi inspirasi supaya lebih ramai orang mencontohi perbuatan baiknya itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.