Images
  • rat meat
    Petikan skrin Youtube/ Royal & Showbiz

Mahu kelihatan lebih muda? Makan tikus antara rahsia awet muda wanita Vietnam

VIETNAM: Sedang warga Korea Selatan menghabiskan beribu-ribu dolar untuk menjalani pembedahan plastik, penduduk Vietnam pula mempunyai cara mereka sendiri untuk mencantikkan wajah. Malah, menurut laman World of Buzz, ia jauh lebih murah.

Sejak zaman nenek moyang mereka, golongan wanita Vietnam makan tikus untuk kelihatan lebih muda.

Tikus dipercayai sarat dengan asid amino yang membantu dalam pertumbuhan semula kulit sekali gus membuat raut wajah lebih cantik. Dalam perkataan lain, tikus adalah suplemen bagi kulit.

Lebih menarik lagi, hanya tikus dari sawah padi yang dijadikan jamuan sementara tikus dari kawasan bandar ditolak kerana dianggap kotor dan mengandungi racun. Tambahan pula, tikus-tikus dari sawah padi juga dinilai berdasarkan warna kulit dan kandungan lemak dalamnya.

Misalnya, tikus yang lebih terang warnanya lebih mahal daripada yang lebih gelap.

Bagaimana pula dengan rasanya? Bagi kebanyakan mereka, daging tikus dikatakan manis dan menyelerakan. Lumrahnya, seseorang itu boleh makan tujuh tikus dalam satu hidangan. Harganya pula hanya S$3 bagi satu kilogram, menurut laporan World of Buzz itu lagi.

Selain mencantikkan muka, tikus juga dipercayai boleh membantu dalam merawat sakit belakang, terutama sekali apabila direndidih dengan sayur-sayuran dan herba-herba.

Menurut World of Buzz, cara hidang lain termasuk menggoreng, memasak dalam kari dan juga barbeku.



 

- Agensi berita/SM/sm

Komen Anda?

Top