Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mahu cuba 'burger Indomie'? Mi/Burger yang mungkin belum pernah anda tahu ada

Siapa yang tidak tahu tentang Indomie. Mi segera yang begitu popular dan menjadi kegemaran sebahagian besar rakyat Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahu cuba 'burger Indomie'? Mi/Burger yang mungkin belum pernah anda tahu ada

Burger Indomie. (Gambar: ADEK BERRY / AFP)

Diterbitkan : 07 May 2017 11:13PM Dikemas Kini : 07 May 2017 11:15PM

INDONESIA: Siapa yang tidak tahu tentang Indomie. Mi segera yang begitu popular dan menjadi kegemaran sebahagian besar rakyat Indonesia.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian rakyat Singapura juga menggemari Indomie.

Namun, ia bukanlah setakat mi segera. Ia boleh diolah menjadi hidangan unik yang bermacam bentuk.

Di Indonesia, percubaan seorang cef untuk menyuntik kesegaran pada Indomie berjaya memancing selera ramai, khususnya golongan muda.

Pemilik kafe 'Mammamie', Muhammad Luqman Baehaqi, menawarkan Indomie sebagai hidangan barat.

Antara hidangan popular di kafe itu termasuk 'mizza', iaitu pizza yang dibuat menggunakan mi segera, dan 'merger', iaitu burger yang 'roti'nya dibuat dari Indomie.

Kedai itu turut menyediakan burrito, quesadillas dan sushi yang juga dibuat dari mi segera Indomie.

Menurut Muhammad Luqman, 39 tahun, beliau mencuba untuk memancing selera anak-anak muda Indonesia yang mahu mencuba hidangan barat tetapi masih menggemari Indomie.

"Tidak ada satu pun orang Indonesia yang tidak tahu tentang Indomie," kata beliau. "Rasanya enak dan sudah biasa bagi kami."

Inilah yang dikatakan hidangan timur bertemu barat!

Bagi anda di Singapura yang mungkin teringin untuk mencuba burger Indomie, apa kata sediakannya sendiri dengan mengikut cara-cara yang dipaparkan dalam video berikut:

Sumber : AFP/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan