Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lukisan visual jadi 'medan dakwah'

Selain kaligrafi, seni lukisan visual juga menjadi medan dakwah dan platform menonjolkan keindahan seni dalam Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Lukisan visual jadi 'medan dakwah'

Gambar fail seorang di dalam pameran lukisan. (Gambar: CREDITMAXIM ZMEYEV / AFP)

Diterbitkan : 03 Oct 2017 09:40AM Dikemas Kini : 03 Oct 2017 09:43AM

KUALA LUMPUR: Selain kaligrafi, seni lukisan visual juga menjadi medan dakwah dan platform menonjolkan keindahan seni dalam Islam.

Pelukis veteran terkemuka Encik Mazlan Noor Along, 62 tahun, yang banyak menghasilkan karya ‘universal’ dan berunsurkan keagamaan berpuas hati apabila karyanya banyak mendapat perhatian bukan Islam.

"Skop berdakwah ini sangat luas dan pelbagai cara kita boleh laksanakan, namun apa yang disampaikan itu mestilah jelas.

"Saya berharap agar segala karya ini dapat dijadikan medan dakwah dan diterima semua orang," katanya kepada Bernama selepas pelancaran pameran Gema Echoes di Galeri Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) hari ini.

Justeru, beliau mengajak pengkarya seni lain turut menjadikan platform seni sebagai alternatif dalam menyebarkan keistimewaan agama Islam.

Menceritakan pengalamannya sebagai anak seni, Encik Mazlan amat bersyukur selepas lukisannya berjaya menarik seorang penganut Atheis memeluk agama Islam.

Encik Mazlan, yang sudah lebih 40 tahun dalam industri seni mempamerkan 13 karya seni lukisan berjalur universal, menjayakan pameran kali kelima itu bersama tiga pelukis lain iaitu Datuk Prof Dr Abdul Jalil Othman, Shafie Hassan dan Charlotte Donvang.

Pelbagai genre lukisan dipamerkan keempat-empat pelukis ternama itu pada pameran Gema Echoes yang berlangsung sebulan sejak 1 Oktober di Galeri ASWARA.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan