Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki tikam diri sendiri dek enggan pergi ke kerja

Gara-gara tidak mahu ke kerja, seorang lelaki Jepun sanggup menikam dirinya sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tikam diri sendiri dek enggan pergi ke kerja

(Gambar hiasan: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 05 Mar 2017 02:59AM Dikemas Kini : 05 Mar 2017 03:04AM

NAGOYA, JEPUN: Gara-gara tidak mahu ke kerja, seorang lelaki Jepun sanggup menikam dirinya sendiri.

Masaru Miura, 54 tahun, menikam dirinya di bahagian pinggang di sebuah tandas di stesen kereta api di Nagoya sekitar 7.20 pagi pada 22 Februari lalu.

Dia lalu pergi ke balai polis dan memfailkan aduan kononnya seorang lelaki tidak dikenalinya menikamnya dari belakang, lapor Asahi.

Setelah disoal siasat lanjut oleh polis, Miura akhirnya mengaku dia berbohong semata-mata kerana tidak mahu bekerja pada hari itu.

Dia berkata, dia terjumpa pisau dekat tempat menjual tiket stesen kereta api itu, lalu memutuskan untuk menikam dirinya kerana tidak tahan lagi dengan tekanan yang dialaminya di tempat kerja.

“Saya tidak mahu ke kerja, jadi saya lakukannya. Jika saya cedera, saya fikir saya tidak perlu ke kerja,” kata Miura seperti ditukil TomoNews Japan.

Miura lalu ditangkap kerana menganggu tugas polis.

Menurut RT, masalah bekerja terlalu lama adalah satu isu yang sudah lama membelenggu Jepun.

Pada Krismas lalu, seorang wanita berusia 24 tahun bunuh diri dengan melompat dari bangunan tinggi, setelah bekerja lembur lebih 100 jam dalam sebulan.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan