Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki terkejut, ceraikan isteri setelah melihatnya tanpa mekap

Hanya beberapa hari sahaja setelah bernikah, seorang lelaki di Dubai menceraikan isterinya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki terkejut, ceraikan isteri setelah melihatnya tanpa mekap

Seorang wanita berjalan melalui patung yang menggayakan busana perkahwinan di Dubai. (Gambar hiasan: AFP/RABIH MOGHRABI)

Diterbitkan : 22 Oct 2016 10:45PM Dikemas Kini : 22 Oct 2016 10:59PM

DUBAI: Hanya beberapa hari sahaja setelah bernikah, seorang lelaki di Dubai menceraikan isterinya. Ini setelah dia melihat wanita itu tanpa mekap buat pertama kali.

Menurut laman Daily Mail yang menukil Gulf News, semuanya berlaku gara-gara pasangan itu bermandi di dalam laut di Pantai Al Mamzar di Dubai.

Apabila air laut membersihkan muka wanita berusia 28 tahun itu daripada sebarang mekap, suaminya dikatakan tidak dapat mengenali isterinya sendiri.

Malah menurut Daily Mail, lelaki berusia 34 tahun itu menuduh isterinya menipunya kerana memakai mekap terlalu tebal dan terlalu banyak bulu mata palsu.

Dr Abdul Aziz Asaf, seorang ahli psikologi konsultan yang sedang membantu wanita itu menghadapi perceraiannya, memberitahu Gulf News bahawa lelaki itu serta merta menceraikan isterinya dan enggan disatukan semula.

Sebenarnya, wanita itu pernah menjalani pembedahan kosmetik sebelum mereka berkahwin, dan berniat mahu memberitahu suaminya tentang hal itu, lapor Daily Mail. Pasangan itu sudah bertunang selama enam bulan sebelum bernikah.

Dr Abdul Aziz memberitahu Gulf News bahawa lelaki tersebut tidak fikir isterinya kelihatan secantik seperti ketika beliau memakai mekap.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan