Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki maut dihempap 6 tan majalah lucah

Seorang lelaki yang begitu kemaruk dengan majalah lucah hingga memiliki 6,000 kilogram majalah tersebut, mati ‘dibunuh’ hobi tidak senonohnya itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut dihempap 6 tan majalah lucah

(Gambar hiasan: MARTIN BUREAU / AFP)

Diterbitkan : 08 Mar 2017 11:02PM Dikemas Kini : 08 Mar 2017 11:14PM

TOKYO: Seorang lelaki yang begitu kemaruk dengan majalah lucah hingga memiliki 6,000 kilogram majalah tersebut, mati ‘dibunuh’ hobi tidak senonohnya itu.

Ini apabila koleksi menggunung majalah kotornya itu terjatuh dan menghempapnya hingga mati, menurut The Mirror.

Lebih menyedihkan, dalam kejadian di Jepun itu, mayat lelaki berusia 50 tahun tersebut hanya ditemui enam bulan kemudian.

Ini apabila pemilik rumahnya pergi ke flat lelaki itu kerana sewanya belum lagi dibayar.

Menurut The Mirror, mangsa, yang dikenali sebagai Joji dan sebelum ini bekerja membuat kereta, ditemui mati dihempap longgokan majalah-majalah lucah.

Namun, tidak jelas sama ada Encik Joji terkena serangan jantung, rebah dan terjatuh ke arah longgokan majalah-majalah itu yang lalu menghempapnya, ataupun beliau memang maut akibat dihempap majalah-majalah tersebut.

Yang pasti, kematiannya itu didedahkan oleh seorang pekerja pembersihan yang berkata syarikatnya diarahkan mengeluarkan majalah-majalah lucah tersebut dengan senyap-senyap daripada rumah mangsa, agar ia tidak disedari oleh para jiran hingga membawa malu terhadap keluarga Encik Joji.

Menurut The Mirror, setiap sudut dalam flat tersebut dipenuhi majalah-majalah lucah, yang turut dilonggok pada meja-meja dan rak-rak.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan