Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki mahu buang zakar, sudah jalani lebih 100 pembedahan plastik demi jadi ‘makhluk asing’

Seorang lelaki di Los Angeles sanggup menghabiskan ribuan dolar demi mencapai impiannya untuk ‘bertukar spesies’ - iaitu menjadi makhluk asing tanpa jantina.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki mahu buang zakar, sudah jalani lebih 100 pembedahan plastik demi jadi ‘makhluk asing’

Vinny Ohh, yang mahu menjadi makhluk asing tanpa jantina. (Gambar: Vinny Ohh/Instagram)

Diterbitkan : 08 Mar 2017 12:01AM Dikemas Kini : 08 Mar 2017 12:15AM

LOS ANGELES: Seorang lelaki di Los Angeles sanggup menghabiskan ribuan dolar demi mencapai impiannya untuk ‘bertukar spesies’ - iaitu menjadi makhluk asing tanpa jantina.

Vinny Ohh, seorang tukang solek berusia 22 tahun, merancang untuk menghabiskan AS$150,000 (S$211,730) untuk membuang zakarnya, puting dada dan pusatnya, menurut Toronto Sun yang menukil laporan-laporan tabloid Britain.

Malah, Encik Ohh sudahpun membelanjakan AS$50,000 (S$70,580) untuk menjalani lebih 100 prosedur pembedahan plastik terhadap kulit dan mukanya untuk kelihatan seperti makhluk asing.

Good night �� new videos coming soon!

A post shared by Vinny (@vinnyohh) on

TERINGIN JADI MAKHLUK ASING SEJAK USIA 17 TAHUN

Encik Ohh berkata sejak usianya 17 tahun lagi, beliau memang teringin sekali mahu menjadi makhluk tanpa jantina, namun usahanya ke pelbagai doktor untuk mencapai impiannya itu tidak berhasil, sehinggalah kini.

Ini kerana beliau percaya beliau bukan lelaki mahupun wanita.

“Saya mahu menjadi makhluk asing tanpa jantina, saya mahu bahagian luaran saya mencerminkan apa yang saya rasakan di dalam.

“Imej keseluruhan yang saya mahukan ialah sebagai makhluk asing,” kata Encik Ohh seperti ditukil Toronto Sun.

Encik Ohh kini memang sudah kelihatan seperti makhluk asing – selain memakai kanta lekap hitam yang besar untuk matanya, beliau sudah menjalani pelbagai prosedur rinoplasti untuk hidungnya dan prosedur untuk menggebukan bibirnya, pipi dan bahagian kening.

Just having a moment. #moment #makeup

A post shared by Vinny (@vinnyohh) on

RASA TIDAK SERASI DENGAN MASYARAKAT

Membuka cerita tentang sebab beliau mahu ‘bertukar’ menjadi makhluk asing, Encik Ohh berkata beliau memang sudah lama merasakan tidak serasi dengan masyarakat dan tidak mengendahkan pandangan orang lain terhadapnya.

Encik Ohh berkata ada orang memuji langkahnya itu dan berkata beliau menjadi inspirasi kepada kanak-kanak yang rasa tidak serasi dengan masyarakat.

Namun ada pula yang mengutuknya, malah beliau pernah dianggap sebagai objek seks oleh kedua-dua lelaki dan wanita.

Happy Sunday children ��

A post shared by Vinny (@vinnyohh) on

Encik Ohh juga menegaskan beliau tidak berminat mahu menjadi seorang wanita.

“Saya boleh hidup tanpa organ seks jadi mengapa saya harus ada zakar atau faraj. Saya tidak melihat sebarang sebab mengapa saya tidak seharusnya membuang keseluruhan zakar saya dan tidak mempunyai apa-apa di bawah sana,” kata Encik Ohh seperti ditukil Toronto Sun.

Lelaki dengan impian pelik itu bakal membuat penampilan dalam rancangan televisyen ‘The Plastics of Hollywood’, di mana para individu yang ketagih dengan pembedahan plastik akan tinggal bersama dan menggalak satu sama lain membangunkan bakat masing-masing.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan