Images
  • abandoned car
    Gambar hiasan. (Gambar: ANDREW BURTON / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

Lelaki lupa mana letak kereta, jumpa kembali selepas 20 tahun

JERMAN: Anda bernasib baik sekiranya pernah terlupa di mana anda meletak kereta di pusat beli belah namun kemudian berjaya menemukannya semula.

Bagaimanapun, berbeza bagi seorang lelaki Jerman ini. Beliau hanya berjumpa kembali keretanya setelah lebih 20 puluh tahun!

Lelaki berkenaan benar-benar tidak mengingati di mana beliau meletakkan keretanya di Frankfurt, Jerman, pada tahun 1997.

Meskipun sudah membuat aduan insiden tersebut kepada polis, kereta berkenaan tidak ditemui sehinggalah minggu lalu. Kereta itu akhirnya dijumpai disebabkan lot meletak kereta di mana ia berada bakal dirobohkan, lapor laman Huffington Post.

Akhbar tempatan Jerman, Augsberger Allgemein, melaporkan lelaki tersebut yang kini berusia 76 tahun, tiba di balai polis bersama anak perempuannya untuk mengambil kereta itu sebaik sahaja beliau mendengar tentang penemuannya.

Sekalipun begitu, ia bukanlah berita baik bagi si pemilik kereta, lapor Huffington Post.
Kereta Volkwagen Passat tersebut sudah terlalu usang dan tidak lagi dapat berfungsi dan terpaksa dihapuskan.

Sejauh ini masih belum ada respons sama ada lelaki itu akan ditangkap atas yuran meletak kereta yang tidak dibayar selama bertahun tahun, menurut Huffington Post.

- Agensi berita/NK/fa

Komen Anda?

Top