Images
  • kahwin wedding generic
    (Gambar hiasan: Reuters)

Lelaki ini sanggup beli 25 iPhoneX untuk lamar temanita

CHINA: Sekarang ini ada macam-macam cara yang dilakukan untuk melamar kekasih. Seorang lelaki di China sanggup berbelanja ribuan dolar untuk melamar teman wanitanya.

Menurut Apple Daily, Chen, yang merupakan seorang programmer permainan membeli 25 buah iPhone X untuk melamar teman wanitanya, Lee selepas dua tahun berkenalan. Chen memilih untuk membeli sebanyak 25 buah iPhone kerana ianya simbolik percintaan mereka dan usia teman wanitanya 25 tahun!

Untuk membuat lamaran mengejut itu, Chen berpakat dengan kawan-kawan dan adik-beradik teman wanitanya.

Bahkan, beliau turut menghadiahkan Lee cincin yang dibuat khusus untuknya.

Bagi lamarannya itu, Chen mengatur iPhone tersebut dalam bentuk hati berserta cincin di atas kelopak bunga ros.

Pastinya, Lee tergamam apabila dibawa ke acara tersebut. Ternyata, beliau mengatakan "ya" ke atas lamaran teman lelakinya itu.

Jadi, apa yang dibuat Chen dengan semua 25 iPhone X?

Lebih mengejutkan, selepas lamaran tersebut, Chen yang terlalu gembira memberikan iPhone tersebut kepada adik-beradik dan kawan teman wanitanya sebagai hadiah perkahwinan. 

- Agensi Berita/FA/fa

Komen Anda?

Top