Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki Amerika pecahkan rekod lakukan terjunan 'base jump' terbanyak dalam 24 jam!

Ia merupakan satu-satunya struktur buatan manusia di Amerika yang dibenarkan terjunan "base jump" dilakukan sepanjang tahun tanpa permit.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Amerika pecahkan rekod lakukan terjunan 'base jump' terbanyak dalam 24 jam!

Miles Daisher dalam satu aksi "base jump" beliau. (Gambar: Laman Miles Daisher)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 08:42PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 08:43PM

AMERIKA SYARIKAT: Seorang lelaki berjaya mencatat rekod dunia baru melakukan terjunan "base jump" yang paling banyak dalam masa 24 jam.

Miles Daisher melakukan percubaan rekod dunia itu dari jambatan I.B. Perrine di Sungai Snake di Twin Falls, Idaho.

Ia merupakan satu-satunya struktur buatan manusia di Amerika yang dibenarkan terjunan "base jump" dilakukan sepanjang tahun tanpa permit.

Bagi Saisher, selepas setiap terjunan, beliau perlu mendaki setinggi hampir 9,300 meter untuk melakukan terjunan seterusnya.

Daisher melakukan 63 terjunan dalam masa 24 jam untuk memecahkan rekod lamanya.

Pada 2005, beliau mencatat rekod dunia acara ini dengan melakukan 57 terjunan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan