Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Legoland M'sia lancar roller coaster VR pertama di dunia

Legoland Malaysia Resort di Johor akan menjadi Legoland pertama di dunia melancarkan roller-coaster dengan ciri realiti maya (VR) bertemakan animasi permainan Lego pada 22 November ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Legoland M'sia lancar roller coaster VR pertama di dunia

‘The Great LEGO Race (VR Coaster)’ memberi pengunjung melihat dan merasakan perlumbaan dunia animasi Lego. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Nov 2017 11:53PM Dikemas Kini : 06 Nov 2017 11:58PM

ISKANDAR PUTERI: Legoland Malaysia Resort di Johor akan menjadi Legoland pertama di dunia melancarkan roller-coaster dengan ciri realiti maya (VR) bertemakan animasi permainan Lego pada 22 November ini.

Pengurus Besarnya, Kurt Stocks berkata tarikan baharu itu merupakan pengubahsuaian permainan roller coaster sedia ada dikenali sebagai Project-X kepada roller-coaster berteknologi yang lebih menarik dengan pemakaian alat pendengar.

"Penumpang yang menaiki rel permainan ‘The Great LEGO Race (VR Coaster)’ berpeluang melihat dan merasakan perlumbaan dunia animasi Lego di sekeliling mereka dengan mengenakan alat pendengar dalam satu perjalanan unik.

"Kos projek ini masih belum dapat didedahkan, namun yang pasti kami akan memperkenalkan lebih banyak permainan baharu di taman tema ini untuk seisi keluarga," kata Encik Stocks.

30 pengamal media tempatan dan antarabangsa sudah mencuba menaiki roller-coaster itu bagi mendapat gambaran dan pengalaman di belakang tabir VR Coaster.

Encik Kurt berkata Legoland Malaysia Resort memulakan kerja pengubahsuaian itu sejak dua bulan lepas untuk merealisasikan VR Coaster dengan ketinggian 18 meter.

Projek itu ujarnya menjanjikan pengalaman baharu serta menarik. Ia merupakan kerjasama dengan syarikat Merlin Magic Making.

Sejak dibuka mulai 2012, Legoland Malaysia secara konsisten menambah tarikan dan pengalaman baharu kepada pelancong setiap tahun termasuk memperkenalkan Taman Tema Air, Hotel Legoland, Project-X roller-coaster, Ninja Go dan Star Wars. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan