Images
  • pokemon run1
    Sekitar 6,000 peminat Pokemon menyertai larian suka ria yang bertemakan Pokemon di Asia Tenggara di Promontory @ Marina Bay. (Gambar: Pokemon Run Singapore 2017)

Larian suka ria Pokemon kembali kali kedua ke S'pura

SINGAPURA: Acara larian suka ria Pokemon bakal kembali bagi edisi kedua di Singapura pada bulan Januari 2018.

Bukan setakat itu, acara tersebut akan dimeriahkan dengan sebuah pesta dan persembahan tarian.

Edisi kedua itu akan berlangsung pada 27 Januari 2018.

Ia memperkenalkan larian suka ria sepanjang lima kilometer yang akan "menghidupkan cabaran-cabaran yang perlu dilalui dan ditangani seorang pelatih Pokemon sebelum menjadi 'Pokemon Master' atau Mahaguru Pokemon", menurut pihak penganjur.

Para peserta bakal berdepan rintangan-rintangan unik dalam zon-zon dengan elemen api, air, elektrik serta rumput sepanjang laluan di Taman di Pesisiran, tambah penganjur.

Sebuah pesta juga akan diadakan sempena acara larian tersebut. Menurut pihak penganjur, terdapat gerai-gerai makanan dan permainan serta persembahan tarian Pikachu yang baru direka.

Acara larian itu dibuka kepada semua yang berusia empat tahun ke atas dengan harga bermula dari S$55.

Acara karnival pula dibuka mulai pukul 2.00 petang manakala acara larian suka ria akan bermula pada pukul 4.00 petang.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman ini.

LAPORAN BERKAITAN:
Larian suka ria Pokemon tarik sekitar 6,000 peserta 

- CNA/NK/nk

Komen Anda?

Top