Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kurang tidur tambahkan risiko mati disebabkan masalah jantung

Tidak cukup tidur boleh menggandakan kemungkinan anda meninggal dunia akibat penyakit jantung atau angin ahmar.

Anggaran Waktu Membaca:
Kurang tidur tambahkan risiko mati disebabkan masalah jantung

Gambar hiasan. (Gambar: Hernan Sanchez/Unsplash.com)

Diterbitkan : 27 May 2017 09:43PM Dikemas Kini : 27 May 2017 09:44PM

MIAMI: Tidak cukup tidur boleh menggandakan kemungkinan anda meninggal dunia akibat penyakit jantung atau angin ahmar, terutama sekali jika anda mempunyai faktor risiko seperti kencing manis, kegemukan, tekanan darah tinggi dan kolesterol, kata para pengkaji Amerika Syarikat.

Dapatan daripada Jurnal Persatuan Jantung Amerika itu berdasarkan 1,344 dewasa yang dipilih secara rambang untuk satu kajian tidur di Pennsylvania.

Usia purata para peserta ialah 49 tahun, dan 42 peratus daripada mereka adalah lelaki.

Lebih 39 peratus didapati mempunyai sekurang-kurangnya tiga faktor risiko bagi penyakit jantung.

Apabila dikelompokkan dikenali sebagai sindrom metabolisme.

Para peserta dipantau secara purata selama 16 tahun selepas itu. Kira-kira 22 peratus daripada mereka meninggal dunia semasa tempoh berkenaan.

Mereka yang mempunyai sindrom metabolisme dan tidur kurang daripada enam jam didapati 2.1 kali lebih berkemungkinan meninggal dunia disebabkan penyakit jantung atau angin ahmar berbanding mereka yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya tiga faktor risiko penyakit jantung.

"Mereka yang kurang tidur dan mempunyai sindrom metabolisme juga 1.99 kali lebih berkemungkinan meninggal dunia daripada sebarang sebab berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai sindrom metabolisme," tambah kajian itu.

"Jika anda mempunyai beberapa faktor risiko penyakit jantung, jaga tidur anda dan dapatkan nasihat doktor jika anda kurang tidur. Ia penting jika anda mahu mengurangkan risiko kematian anda daripada penyakit jantung atau angin ahmar," kata ketua penulis Julio Fernandez-Mendoza, seorang penolong profesor di Kolej Perubatan Penn State.

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan