Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kurang bercakap, selubung kepala ketika tidur & terlalu banyak gula - antara sebab otak jadi rosak

Seperti organ-organ lain dalam tubuh kita, otak juga boleh menjadi lemah disebabkan beberapa faktor.

Anggaran Waktu Membaca:
Kurang bercakap, selubung kepala ketika tidur & terlalu banyak gula - antara sebab otak jadi rosak

Gambar hiasan imbasan otak. (Gambar: ANNE-CHRISTINE POUJOULAT / AFP)

Diterbitkan : 11 Oct 2017 12:52AM Dikemas Kini : 11 Oct 2017 01:08AM

BERITAMediacorp: Seperti organ-organ lain dalam tubuh kita, otak juga boleh menjadi lemah disebabkan beberapa faktor.

Terdapat beberapa tabiat kita yang boleh menjadi punca otak terjejas atau rosak pada jangka panjang, lapor laman Boldsky.com.

Kadangkala disebabkan keletihan dan anda tidak dapat memberi tumpuan dan mudah terlupa. Masalahnya, anda lupa untuk menjaga bahagian paling penting dalam tubuh anda, iaitu otak.

Kegiatan yang anda lakukan juga boleh mempengaruhi tubuh. Kadang-kala kegiatan itu boleh menghalang otak daripada berfungsi seperti biasa malah boleh merosakkan strukturnya.

Jika kegiatan sedemikian terus dilakukan setiap hari selama bertahun-tahun, anda mungkin akan 'membunuh' diri sendiri kerana ia boleh merosakkan otak.

Berikut adalah beberapa perkara utama yang boleh menjejas otak:

1. KURANG KOMUNIKASI

Kajian menunjukkan komunikasi, walau setakat 10 minit sehari, boleh meningkatkan keupayaan mental, lapor laman Boldsky.com.

Bercakap membantu merangsang otak sementara berdiam diri setiap hari akan menjejas fungsi otak pada jangka panjang.

2. TERLAMPAU BANYAK KADAR GULA

Pengambilan gula yang tinggi boleh menjejas faktor neurotropik pada otak. Ia bertanggungjawab menghasilkan sel-sel saraf.

Jadi kadar gula yang berlebihan adalah salah satu daripada perkara utama yang boleh merosakkan otak.

3. KURANG 'SENAMAN' OTAK

Daya penghasilan kemuncak otak adalah antara usia 16 dengan 25 tahun. Selepas itu, ia mula berkurangan, lapor laman Boldsky.com.

'Senaman' atau kegiatan-kegiatan yang kerap merangsang otak boleh mempertingkat prestasinya, walaupun seseorang mengalami demensia.

4. TIDAK BERSARAPAN

Kajian menunjukkan mereka yang sering bersarapan menunjukkan prestasi yang baik di sekolah.

Oleh itu, tabiat tidak bersarapan boleh menyebabkan kadar glukos dalam darah berkurangan dan ini boleh menjejas fungsi otak.

5. MAKAN 'JUNK FOOD' SECARA BERLEBIHAN

Terlalu banyak 'junk food' dalam diet boleh menjejas ketersambungan antara sel-sel otak.

Ini boleh menjejas ingatan jangka pendek dan juga panjang.

6. TUTUP KEPALA SEMASA TIDUR

Apabila kita berselubung menutupi kepala dengan selimut semasa tidur, ia mengurangkan jumlah oksigen yang boleh memasuki tubuh, lapor Boldsky.com.

Ini bermakna, kita menarik nafas pada udara yang dipenuhi karbon dioksida. Ini juga salah satu tabiat yang boleh merosakkan otak.  

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan