Images
  • weight
    Gambar hiasan. (Gambar: Merdeka.com/Shutterstock)

Kurang berat badan tambah risiko kemurungan, menurut pakar

KOREA SELATAN: Pakar-pakar percaya mereka menemui bukti pertama mengenai hubungan ketara antara mereka yang kurang berat badan, dengan kemurungan.

Mereka juga mendapati kedua-dua golongan lelaki dan wanita terjejas dengan pemikiran negatif mengenai menjadi terlalu kurus.

Perkara ini berbeza dengan mereka yang gemuk dan mengalami kemurungan - perkara yang kebanyakannya menjejas golongan wanita.

Bagaimanapun, pakar-pakar dari Universiti Perubatan Nasional Seoul, yang menerajui kajian itu, tidak dapat memastikan jika kemurungan membawa kepada kehilangan berat badan atau sebaliknya, menurut laporan agensi Mirror.

Mungkin mereka yang berkemurungan lebih mudah hilang berat badan, atau menjadi kurus membawa kepada kemurungan, tambah mereka.

Menulis di Jurnal Psikiatri Britain, pasukan itu menilai data daripada 183 kajian berasingan.

Mereka mendapati kegemukan menambah risiko kemurungan dalam cara yang berlainan iaitu semakin gemuk seseorang itu semakin murung mereka rasa.

Namun mereka menarik perhatian perbezaan jantina memberikan respons yang berlainan mengenai menjadi gemuk.

Menurut mereka: “Nampaknya keadaan kurus yang sempurna menjejas golongan wanita lebih banyak berbanding golongan lelaki dan menyebabkan lebih kebimbangan psikologi yang boleh menyebabkan kemurungan.

“Berbeza pula bagi golongan lelaki yang gemuk kerana mereka yang paling kurang berisiko mengalami kemurungan," yang ditukil sebagai berkata demikian oleh Mirror.

Para pakar daripada kajian sebelum ini mengatakan keadaan itu berlaku kerana lelaki gemuk berasa diri mereka berasa “sangat gembira” dengan keadaan mereka.

Pasukan berkenaan merumuskan: “Kedua-dua kumpulan yang kurus dan gemuk berisiko mengalami kemurungan.

“Dalam amalan klink, para penyedia perubatan harus memberi perhatian kepada keadaan kesihatan mental mereka yang kurus.

“Sama juga, wanita yang gemuk atau mereka yang gemuk harus dipantau jika mereka mengalami kemurungan," tambah laporan Mirror. 

- Agensi berita/ru

Komen Anda?

Top