Kopi 'berkilau' dijual di India
Cawangan kedai kopi di India ini menawarkan secangkir kopi cappucino yang agak unik sekali.
INDIA: Cawangan kedai kopi di India ini menawarkan secangkir kopi cappucino yang agak unik sekali.
Kafe Coffee By Di Bella, yang mempunyai beberapa cawangan di Mumbai, menarik perhatian para pengguna internet dengan minuman yang agak luar biasanya - "Diamond Cappuccino" dan "Gold Cappucino".
Kedua-dua minuman itu, yang mula ditawarkan dalam menu kafe tersebut awal tahun ini, rasanya seperti kopi biasa, tetapi ia dibubuhkan kilauan pada atasnya, menurut laman Dailymail.
Selalunya, cappuccino diperbuat daripada espresso, susu yang dipanaskan dengan buih yang banyak. Itu sahaja.
Tetapi di Coffee By Di Bella pula, ia menambahkan dua jenis kilauan yang boleh dimakan, pada kopi tersebut.
Kilauan yang ditawarkan adalah dua warna - yang berkilauan seakan-akan berlian dipanggil "Diamond" dan satu lagi berwarna keemas-emasan.
Di Singapura, harga secawan kopi daripada kafe-kafe selalunya berharga sekitar S$5.00 tetapi bagi secawan kopi yang 'berkilau' ini, ia dijual pada harga 200 Rupees (S$4.20).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.