Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kolam renang kaca di tingkat 42 ‘bertenggek’ di tepi bangunan buat warga siber ‘gerun’

Sebuah bangunan apartmen mewah di Amerika Syarikat menyediakan kolam renang dengan lantai kaca yang boleh membuatkan ramai orang berasa gerun.

Anggaran Waktu Membaca:
Kolam renang kaca di tingkat 42 ‘bertenggek’ di tepi bangunan buat warga siber ‘gerun’

Petikan gambar dari video. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 13 Apr 2017 05:09PM Dikemas Kini : 13 Apr 2017 05:14PM

AMERIKA SYARIKAT: Sebuah bangunan apartmen mewah di Amerika Syarikat menyediakan kolam renang dengan lantai kaca yang boleh membuatkan ramai orang berasa gerun.

Market Square Tower di Houston, Texas, adalah sebuah bangunan kediaman yang menawarkan pelbagai kemudahan serba mewah.

Selain, gim, spa dan bilik permainan, para penyewa bangunan bertaraf lima bintang itu boleh menggunakan bilik golf dan biliard maya, tempat bermain bola keranjang, panggung wayang dan banyak lagi kemudahan termasuk ‘Sky pool’ yang menjangkaui 10 kaki dari tepi bangunan, memberikan penglihatan yang saujana mata memandang dan sejauh 500 kaki ke bawah, lapor RT.

Menurut laporan laman Daily Mail, ‘Sky pool’ itu terletak di tingkat 42 bangunan tersebut.

Satu paparan video yang menunjukkan seseorang berjalan di atas lantai kaca setebal lapan inci itu mendapat perhatian ramai warga siber.

Reaksi warga siber yang menonton video itu bercampur-campur, dengan seorang daripada mereka berkata: “Eek! Tidak mengapa. Terima kasih saja. Ini bukan kesoronokan yang saya gemari.”

Seorang lagi warga siber berkata: “Ini idea paling ‘cool’. Saya mahu ke sana.”
Kos sewa bagi sebuah apartmen studio di bangunan itu berharga AS$1,805 sebulan dan AS$18,715 sebulan bagi sebuah rumah seluas 2,993 kaki persegi, menurut laporan Houston Chronicle.

Saksikan video berikut yang mungkin membuatkan anda ‘lemah lutut’ seketika:

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan