Images
  • basic house
    Khemah 'Basic House'. (Gambar: http://www.martinazua.com)

Khemah ini boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam kocek!

NEW YORK: Bagi anda yang gemar mengembara di hutan rimba atau berkhemah di tepi pantai, ini pastinya ciptaan yang dinanti-nantikan.

Khemah ini (gambar di atas) boleh dilipat dengan begitu kecil dan dimasukkan ke dalam kocek, malah begitu ringan hingga boleh dibawa ke mana-mana sahaja.

Khemah yang digelar ‘Basic House’ itu dicipta oleh Martin Azua, seorang pereka berpangkalan di Barcelona, dan dikatakan sesuai sekali bagi mereka yang tidak mahu membawa bagasi yang berat-berat.

Menurut Daily Mail, khemah tersebut, yang juga disifatkan sebagai ‘rumah’ sementara, segera mengembung dengan udara sebaik sahaja ia dibuka daripada lipatannya.

Khemah 'Basic House'. (Gambar: http://www.martinazua.com)

Malah, ia juga mempunyai ruang yang agak luas dan kelihatan mampu menampung beberapa orang.

Yang menarik, khemah tersebut diperbuat daripada poliester berlapis logam, yang dapat mengimbangi suhu.

Oleh itu semasa cuaca sejuk, bahan fabrik pada khemah itu mampu memerangkap haba, dan semasa cuaca panas pula, bahagian dalamannya sentiasa dingin, menurut Daily Mail.

Malangnya, bagi anda yang berminat mahu membeli khemah ‘Basic House’ ini, ia tidak dijual buat masa ini.

Sebaliknya, ia sebahagian daripada koleksi karya seni tetap yang dipamerkan di Muzium Seni Moden di New York.

Pereka khemah tersebut, Encik Azua berkata khemahnya itu “sesuai untuk mereka yang hidup berpindah randah tanpa sebarang ikatan kebendaan."

Beliau menambah, ia juga membuat anda merasakan seolah-olah “anda memiliki segala-galanya tanpa hampir memiliki apa-apa”.

- Agensi berita/nd

Komen Anda?

Top
>