Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Keropok sayuran sebenarnya lebih kurang sihat berbanding keropok biasa

Kita tahu sayur memang jenis makanan sihat. Lobak merah dan keledek pula merupakan jenis sayuran yang boleh dijadikan keropok yang enak buat membuka selera anda. 

Anggaran Waktu Membaca:
Keropok sayuran sebenarnya lebih kurang sihat berbanding keropok biasa

Seorang pekerja melakukan pemeriksaan di ladang sayur di Singapura. (Gambar: Roslan Rahman / AFP)

Diterbitkan : 07 Jul 2017 10:43PM Dikemas Kini : 07 Jul 2017 10:45PM

BRITAIN: Kita tahu sayur memang jenis makanan sihat. Lobak merah dan keledek pula merupakan jenis sayuran yang boleh dijadikan keropok yang enak buat membuka selera anda.

Namun begitu, keropok-keropok yang dianggap 'sihat' itu, sebenarnya tidak begitu sihat atau berkhasiat seperti yang anda sangkakan.

Demikian menurut satu kajian baru yang dilakukan oleh seorang pakar pemakanan berdaftar, Charlotte Sitling-Reed yang bekerja untuk Wren Kitchens. Menurut The Independent, beliau mendapati, pada hakikatnya, keropok sayuran lebih tidak berkhasiat dibandingkan dengan keropok-keropok biasa.

Kajian itu mendedahkan satu beg keropok sayuran hanya mengandungi dua pertiga sayuran, dan yang lainnya minyak dan garam.

Ia juga didapati kandungan lemak pada setiap paket jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan keropok-keropok lain yang dikatakan tidak berkhasiat, lapor akhbar itu.

Misalnya, data tersebut menyatakan satu paket keropok sayuran seberat 40 gram mempunyai kandungan lemak yang sama dengan keropok "Pringles" bergaram dan dua kali ganda cokelat Mars Bars.

Sementara itu, keropok sayuran jenama Tyrells Mixed Roots Vegetable mengandungi 14.3 gram lemak, Mars Bars pula hanya mengandungi 8.6 gram lemak manakala donut Krispy Kreme Original Glazed mengandungi kandungan lemak yang sama dengan cokelat itu.

Sebagai alternatif, anda lebih baik menikmati satu paket Walkers Quavers yang mengandungi 12.3 gram lemak atau Salt & Vinegar French Fries yang mengandungi 6.4 gram lemak.

"Pandangan bahawa produk 'alternatif berkhasiat' seperti keropok sayuran, ia tidak setanding dengan reputasinya," jelas Sitling-Reed.

"Keropok tetap keropok, jika ia dihasilkan dari sayuran, ia akan mengandungi lemak, lemak tepu dan garam yang terlalu tinggi. Mentelah lagi, keropok sayuran mengandungi kadar lemak yang lebih tinggi daripada jenama keropok yang terkenal yang lain.

"Sebagai pakar pemakanan, saya nampak sendiri di klinik-klinik menurunkan berat badan di mana para pelanggan memakan dua kali lebih banyak jika mereka merasakan produk itu lebih berkhasiat," kata Sitling-Reed lagi sebagiamanan ditukil laman The Independent.  

Sumber : Agensi berita/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan