Kereta api ber'samba' iktiraf penggubah lagu Samba
Setiap tahun, khidmat kereta api di bandar Rio de Janeiro bertukar menjadi kereta api Samba sempena perayaan tersebut.
BRAZIL: Setiap tahun, khidmat kereta api di bandar Rio de Janeiro bertukar menjadi kereta api Samba sempena perayaan tersebut.
Kereta-kereta api khas meninggalkan stesen Central do Brazil menuju ke Oswaldo Cruz.
Oswaldo Cruz adalah tempat kelahiran Samba dan perjalanan kereta api setiap Hari Samba, mengiktiraf para penggubah lagu Samba yang melakukan perjalanan yang sama, 80 tahun lalu.
Empat kereta api dengan lapan gerabak setiap satu, membawa ratusan penumpang yang bernyanyi dan memainkan peralatan muzik, sepanjang perjalanan ke Oswaldo Cruz.
Untuk menaiki kereta api itu, setiap penumpang perlu menderma sekilogram makanan untuk golongan susah.
Saksikan video acara muzik warisan Brazil itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.