Keluaran edisi khas iPhone mungkin ditangguhkan
Menurut laporan Wall Street Journal, keluaran terbaru iPhone 8 itu mengalami kegenjotan dalam proses penghasilannya.
BERITAMediacorp: Keluaran edisi khas iPhone sempena ulang tahunnya yang ke-10 mungkin akan ditangguhkan.
Menurut laporan Wall Street Journal, keluaran terbaru iPhone 8 itu mengalami kegenjotan dalam proses penghasilannya.
Ini akan menyebabkan kekurangan bekalan dan kelewatan semasa penghantaran berikutan pelancaran telefon bijak itu minggu depan.
Penghasilannya mungkin tertangguh selama sebulan.
Menyusuli berita itu, saham syarikat Apple merosot 0.4%.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.