Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

"Kasut tumit tinggi" untuk bayi perempuan undang pelbagai reaksi

Kasut tumit tinggi memang dekat di hati sebahagian besar wanita. Kini bukan saja orang dewasa, malah bayi perempuan pun boleh bergaya dengan kasut tumit tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
"Kasut tumit tinggi" untuk bayi perempuan undang pelbagai reaksi

Kasut tumit tinggit khas buat bayi perempuan. (Gambar: Pee Wee Pumps/Instagram)

Diterbitkan : 02 Apr 2017 12:56AM Dikemas Kini : 02 Apr 2017 01:05AM

AMERIKA SYARIKAT: Kasut tumit tinggi memang dekat di hati sebahagian besar wanita. Kini bukan saja orang dewasa, malah bayi perempuan pun boleh bergaya dengan kasut tumit tinggi.

Sebuah syarikat dari Amerika yang diasaskan oleh para ibu mencipta kasut tumit tinggi khas buat bayi-bayi perempuan, lapor laman Metro.

Terdapat pelbagai corak yang kelihatan seperti kasut tumit tinggi yang biasa dilihat di kedai-kedai, tetapi yang ini memang khas buat bayi.

Kasut Pee Wee Pumps itu direka dengan bahagian tumit tinggit yang lembut.

SEOLAH-OLAH CUBA WUJUDKAN IMEJ SEKSUAL

Namun, ramai juga orang yang tidak bersetuju dengan kasut tumit tinggi yang comel itu, lapor laman Metro.

Sesetengah ibu bapa menyifatkan langkah syarikat tersebut seolah-olah seperti cuba mewujudkan imej seksual pada kasut bayi.

Sesetengah yang lain pula berpendapat kasut seperti itu menghalang bayi daripada menjadi...bayi, lapor Metro.

Syarikat tersebut bagaimanapun menafikannya dan menyatakan ia hanya bertujuan untuk membuatkan ramai orang tersenyum.

Malah, menurut syarikat itu, bayi berusia enam bulan belum boleh berjalan, maka mereka tidak akan berjalan semasa memakai kasut tumit tinggi itu.

Di laman Twitter, warga siber meluahkan rasa tidak puas hati mereka, dengan salah seorang daripada mereka berkata: "Maklum balas pembeli: Idea di sebalik produk ini teruk. Bayi adalah manusia yang baru dilahirkan, bukan aksesori fesyen."

SASAR KEPADA BAYI YANG BELUM BERJALAN

Syarikat itu memberitahu laman Metro: "Pee Wee Pumps adalah kasut comel dan lucu untuk dibuat bergambar. Kasut itu diperbuat daripada kapas, tumitnya juga diperbuat daripada kapas.

"Kasut itu disasarkan kepada bayi yang baru lahir sehingga enam bulan saja. Pada usia itu bayi belum lagi berjalan maka ia tidak menyebabkan sebarang bahaya mahupun boleh menjejas kaki mereka."

Pemilik syarikat itu menambah: "Saya sendiri seorang ibu, jadi saya tidak akan meletakkan bayi dalam keadaan yang membahayakan. Pee Wee Pumps dianggap oleh kebanyakan orang sebagai prop untuk bergambar sama seperti skirt tutu, cekak rambut dan baju bayi yang berenda kerana ia diperbuat daripada kapas.

"Beberapa selebriti juga menggunakan Pee Wee Pumps untuk sesi bergambar. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Maka saya menerima sama ada mereka akan menyukainya atau membencinya."

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan