Kasut paling mahal bernilai AS$15 juta dipamerkan di Dubai
Kasut paling mahal di dunia akan dipamerkan di Dubai bermula Rabu depan (1 Nov).
DUBAI: Kasut paling mahal di dunia akan dipamerkan di Dubai bermula Rabu depan (1 Nov).
Kasut mewah ini akan dipaparkan kepada orang ramai buat pertama kalinya di Hotel Raffles Dubai sempena sambutan ulang tahun hotel itu yang ke-10, lapor agensi berita al-Arabiya.
Harga kasut itu? AS$15 juta (S$20.44 juta)!
Kasut rekaan Debbie Wingham ini dihiasi lebih 1,000 butir berlian yang dipasang pada logam platinum dan jongkong emas 24K di atas piring emas.
Bukan itu sahaja, kasut tersebut juga mempunyai dua butir batu berlian merah jambu 3-karat, yang bernilai AS$1.4 juta (S$1.91 juta) setiap satu, dua berlian biru satu karat bernilai AS$1.9 juta (S$2.59 juta) setiap satu dan empat berlian putih tulen seberat tiga karat setiap satu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.