Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Karnival terbesar' S'pura di Marina Bay bermula 8 Disember

Anda belum ada rancangan cuti sekolah? Apa kata anda dengan keluarga anda mengunjungi "karnival terbesar" di Singapura yang akan diadakan di The Promontory dan Ruang Acara Bayfront bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
'Karnival terbesar' S'pura di Marina Bay bermula 8 Disember

Gambar: Karnival Prudential Marina Bay

Diterbitkan : 23 Nov 2017 10:42PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 10:45PM

SINGAPURA: Anda belum ada rancangan cuti sekolah? Apa kata anda dengan keluarga anda mengunjungi "karnival terbesar" di Singapura yang akan diadakan di The Promontory dan Ruang Acara Bayfront bulan depan.

Kawasan Karnival Prudential Marina Bay yang sebesar 25,000 meter persegi iaitu sekitar tiga setengah padang bola itu berlangsung dari 8 Disember 2017 hingga 1 April 2018, menurut pasukan penganjur karnival itu dalam satu kenyataan media hari ini (23 Nov).

Para pengunjung boleh mencuba lebih 40 daya tarikan yang dibawa khas ke Singapura daripada pelbagai negara Eropah.

Ini termasuk The Star Flyer iaitu sebuah permainan setinggi menara yang membolehkan penumpangnya menikmati permandangan 360 darjah latar langit Singapura daripada ketinggian 35 meter. Selain itu, terdapat juga permainan The Booster Maxx yang boleh mencapai kelajuan 96 kilometer sejam dalam tempoh hanya lapan saat dan permainan klasik seperti Log Flume dan permainan bot lanun.

Tambahan pula, 30 tarikan permainan karnival menanti anda dengan pelbagai hadiah yang boleh dimenangi. Tarikan-tarikan tersebut berharga antara $4 dengan $10, menurut penganjur karnival itu.

Para pengunjung juga boleh menonton persembahan-persembahan daripada artis-artis seperti artis pop punk Falling Feather, artis hip-hop TheLionCityBoy dan penyanyi Jasmine Sokko.

Karnival Prudential Marina Bay itu akan dibuka setiap hari dari pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam kecuali pada malam Krismas dan malam Tahun Baru di mana ia akan dibuka dari 3.00 petang hingga 2.00 pagi.

Masuk percuma dan kredit bagi daya tarikan berkenaan boleh dibeli di situ ataupun secara online di http://www.marinabaycarnival.sg/

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan