Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kari kepala ikan kedai mamak berharga RM600 - Ok atau tidak masuk akal?

Pernahkah anda terbayang hanya semangkuk kari kepala ikan merah dari sebuah restoran mamak boleh melebihi RM150 (S$50)?

Anggaran Waktu Membaca:
Kari kepala ikan kedai mamak berharga RM600 - Ok atau tidak masuk akal?

Resit dari restoran mamak. (Gambar: Faudzy Asrafudeen/Facebook)

Diterbitkan : 21 Nov 2017 09:20PM Dikemas Kini : 21 Nov 2017 09:23PM

KUALA LUMPUR: Pernahkah anda terbayang hanya semangkuk kari kepala ikan merah dari sebuah restoran mamak boleh melebihi RM150 (S$50)?

Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Melawati, Kuala Lumpur dikenakan bayaran sebanyak itu semasa makan malam dengan keluarganya di restoran mamak di kawasan segi tiga emas di ibu negara tersebut, menurut laporan mStar Online.

Beliau memesan empat mangkuk kari kepala ikan, lantas jumlahnya mencecah RM600 (S$200) yang didakwanya tidak masuk akal.

Maka, tidak hairanlah apabila gambar resit yang dimuat naik Encik Faudzy Asrafudeen, 32 tahun, pada malam hujung minggu lalu cepat menjadi viral. Kesuluruhan bil yang hampir RM1,000 (S$330) mengundang pelbagai perbahasan netizen di media sosial.

Di ruang komen, netizen tampil mendedahkan restoran berkenaan memang terkenal dengan harga yang agak tidak munasabah kepada para pelanggan.

“... RM600 untuk empat kari kepala ikan! Gila-gila tak patut,” menurut Normanis Nawawi.

“Satu kepala ikan rasanya tidak sampai RM30, itu sebab kita tidak gemar nasi kandar, tidak ada special apa pun, masak sendiri lagi afdal. Hati tidak sakit dicaj berlebihan seperti ini,” kata pengguna Facebook yang menggunakan nama Roza Sure Bagus.

Menurut laporan mStar Online, Encik Faudzy yang merupakan pengarah pembangunan pasaran di sebuah syarikat bagaimanapun tidak bercadang untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa.

“Saya bayar sahaja. Takkan tidak bayar pula, sebab sudah makan. Tetapi saya memberi peringatan kepada semua sebab tidak mahu orang lain pula yang terkena seperti kami.

“Mana-mana restoran pun, periksa dahulu menu dan lihat harganya sebelum membuat tempahan, lebih-lebih lagi restoran mamak yang jarang sediakan menu dan harga. Jadi, anda mesti minta menu terlebih dahulu terutama kalau hendak makan kari kepala ikan,” katanya.

Malah tambahnya, pengusaha restoran juga perlu memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan mereka untuk semua pelanggan.

“Kalau ada pelanggan yang ingin makan kepala ikan, beritahulah jenis harga yang disediakan. Kalau kecil, sederhana atau besar berapa harganya.

“Pekerja perlu perjelaskan tanpa sekadar ambil tempahan semata-mata. Jadi, kalau orang nampak harga bila nak bayar tidak ada yang terkejut,” tegasnya.

MStar Online turut difahamkan bahawa ia bukan kali pertama Encik Faudzy makan kari kepala ikan di restoran mamak berkenaan dan menjelaskan harga yang biasa dikenakan kepada pelanggan adalah antara RM50 (S$16) dan RM80 (S$26) semangkuk. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan