Images
  • harry potter msia
    Rak-rak buku di kafe Hedwig di Kelantan. (Gambar: Instagram / Hedwig Books & Cafe)

Kafe bertemakan Harry Potter kini dibuka di Kelantan

KOTA BHARU: Berita baik bagi para peminat Harry Potter di Malaysia.

Mimpi mereka kini menjadi kenyataan dengan sebuah kafe yang berkonsepkan filem Harry Potter dibuka di Kota Bharu, Kelantan, minggu lalu (21 Okt).


Sambil-sambil menikmati sajian makan dan minuman ala Hogwarts, para pengunjung ke Hedwig Books & Cafe juga boleh membaca koleksi buku yang menarik.


Bahkan, anda juga boleh merasakan bagaimana agaknya menjadi seorang murid di Hogwarts dengan mengenakan pakaian seperti Harry Potter dan rakan-rakannya.


Jika itu tidak mencukupi, anda juga boleh meluangkan masa bermain permainan-permainan bertemakan Harry Potter yang disediakan.  

- Agensi Berita/FA/fa

Komen Anda?

Top